Wednesday, December 22, 2010

Suasana Pagi



Suasana pagi yang indah ketika pergi kerja kelihatan bulan mengambang penuh 16 Muharram 1432H di Saujana Impian Kajang

Tuesday, December 21, 2010

Kenduri Kahwin di Melaka



Pada 19/12/2010 kami sekeluarga pergi ke majlis perkahwinan adik ipar abang di Gadek Melaka. Balik dari sana singgah beli ole-ole biasalah Melaka dodol, belacan dll.

Thursday, December 16, 2010

Anak Bongsu kami















Pelbagai aksi anak bongsu kami Balqis.

Wednesday, December 15, 2010

Kursus




Pada 11&12 Disember saya pergi kursus di Banting. Duduk di Banglo, senang seberang jalan ada masjid Diraja.

Majlis berkhatan Beramai-ramai




Pada 5/12/2010 telah diadakan majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Rukun Tetangga Taman Semenyih Indan tempat di mana saya tinggal. Siap panggil Bomba lagi.

Tuesday, November 30, 2010

Jogathon Sekolah Rendah Islam Al Amin







Anak saya yang ketiga mengambil acara larian Jogathon. Boleh tahan dapat hadiah macam ayah dia juga. he he he ...............

Monday, November 29, 2010

PD

Berehat bersama keluarga di PD
Dah penat berenang dinner nasi Arab

PD



Berehat bersama keluarga di PD

Majlis Ilmu

Pada Ahad 28/11/2010 yang lepas saya menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruddin di Surau Ar Rahman Taman Semenyih Indah berkaitan dengan tafsir. Pada malam tersebut beliau mengupas tafsir Surah Al Maun.

Beliau telah menerangkan tentang " Orang yang solat tetapi lalai akan masuk neraka wail"

Yang dimaksudkan dengan lalai ialah :

1) Luput waktu - solat lepas habis waktu
2) Akhir waktu - Solat di hujung waktu
3) Lalai dalam solat - a) Lupa bilangan rakaat b) Lupa dah buat sesuatu rukun ke belum c) Tidak khusyu' (ingat benda lain)

Marilah kita berusaha agar tidak termasuk dalam golongan ini.

Thursday, November 25, 2010

OUM



Isteriku sambung belajar untuk mengambil ijazah di OUM. Selalunya kelas di UKM Bangi. Anakku yang kecil sekali Balqis lahir selepas kami balik Haji juga semasa isteriku masih lagi belum menghabiskan pengajiannya di OUM.

Monday, November 22, 2010

Qurban 1431H di rumah mak di Klang



Pada 20/11/2010 kami sekeluarga telah mengadakan ibadah Qurban. Kami kutip Rm400 seorang dan kami beli lembu dengan harga RM2,700.00. Agar besar juga dapatlah daging lebih kurang 101 kilo untuk diagih-agihkan kepada saudara mara dan jiran tetangga. Sebahagian tulang kami buat sup.

Pada malam tu kami buat usrah keluarga dan seorang anak buah kami yang baru dapat keputusan UPSR telah kami hadiahkan Rm30.00 (1A - RM10.00). Antara pengisian malam tu ialah tentang :-

1) Kewajipan ibu bapa mengajar anak-anak mengaji Al Quran
2) Seerah Nabi Ibrahim - penyembeliham qurban - pengorbanan untuk berubah dari yang kurang baik kepada yang lebih baik perlu melibatkan ayah ibu dan anak barulah boleh berjaya.

Jaulah



Bunga teratai, buah pala dan buah Melaka



Disambut oleh kawan-kawan di Melaka



Masjid Kem Terendak Melaka

Pada cuti Deepavali saya dan kawan-kawan telah pergi ke Melaka. Kami pergi lepas Solat Jumaat dari Bangi. Kami singgah di masjid Kem Terendak di Sungai Udang. Kemudian kami pergi ke taman pertanian untuk bermalam di sana.

Pagi hari sabtu pagi-pagi bersenam jongging melihat sekitar taman pertanian tersebut. Mula-mula kami ditunjukkan dengan buah melaka - dalam gambar yang paling kecil - uniknya buah ini boleh dimakan dan mempunyai 3 rasa. Mula-mula kunyah rasa kelat makin lama jadi masam dan akhirnya menjadi manis.

Yang kedua kami ditunjukkan dengan bunga teratai - gambar yang paling besar dan mempunyai banyak biji - sedap juga dimakan rasa macam kacang.

Yang ketiga buah pala - rasa memang macam buah pala.

Lepas sarapan kami buat latihan berhalangan ada berjalan atas titi, merangkak bawah kawat duri, jambatan gantung, monkey climbing, panjat tembok dll.

Habis lepas kami pergi berakit di tasik pecah 4 kumpulan lawan. Dah penat minum semua disediakan.

Pukul 12.00 kami balik dan singgah di pantai linggi.

Thursday, September 30, 2010

Lapangan Terbang



Bersama-sama dengan Haji Sulaiman dan isteri




Sementara menunggu penerbangan kami sempat mengambil gambar. Penerbangan kami lebih kurang pukul 9.00 malam. Saya tak dapat tidur kerana takut terlepas solat subuh kerana waktu subuh terlalu singkat kerana kapalterbang menuju matahari terbit. Saya dan isteri solat secara duduk kerana tiada tempat dan terpaksa menghadap ke belakang. Arah kiblat ada ditunjukkan di skrin TV.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Jadi campur beza waktu 5 jam jadi 13 jam. Sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi di KLIA. Ramai yang tunggu maklumlah KT1 wartawan pun ada.

Menimbang beg



Mula2 kami pergi ke tempat menimbang beg. Beratur sampai giliran saya alamak terlebih berat ni kena bayar ni nasib baik boleh gabung dengan jemaah lain. Kalau tak silap gabung dengan Haji Rosli jadia tak kenalah bayaran tambahan. kalau kena nahas mana ada duit lagi habis dah shopping songkok, jubah kurma tudung dll untuk cenderehati saudara mara kawan2.

Madinatul Hujjaj



Sampailah masanya untuk kami pulang ke tanah air. Lepas melaksanakan tawaf wida', kami pun naik bas. Kami telah bermalam satu malam di satu tempat sebelum pergi ke lapangan terbang kalau tak silap namanya madinatul Hujjaj. macam hostel ada tilam , surau pun ada.

Lpas tu kami pun naik bas pergi ke lapangan terbang.

Tawaf Haji/Rukun

Selepas sampai ke Mekah dari Mina saya dan isteri cadang melaksanakan Tawaf Haji selepas Asar. Walau bagaimanapun jemaah terlalu ramai kami tak dapat untuk masuk ke dataran, untuk ke tingkat satu dan 2 pun tak berjaya kerana terlalu ramai, kami pun mengambil keputusan untuk melaksanakannya selepas Isya'.

Selepas Isya' pun jemaah terlalu ramai kami masih gagal untuk melaksanakannya. Kami pun mengambil keputusan untuk buat sebelum subuh. Kami pun keluar. Oleh kerana orang terlalu ramai kami terpaksa mengikut arus sampai ke Hotel Hilton, perut pun dah lapar kami pun beli ayan goreng makan di situ sementara menunggu sehingga kurang kesesakan.

Lepas lengang kami pun pulang ke Hotel untuk tidur dan berehat. Kami bangun lebih kurang pukul 3 pagi terus ke masjid tapi jemaah masih ramai juga kami tak dapat masuk ke dataran. Kami pun naik ke tingkat 2 yang tak berbumbung untuk tawaf dan saie. Habis je saie azan subuh berkumandang. Alhamdulillah selesai kerja haji kami.

Sunday, September 26, 2010

Mina





Bangun pagi 10 zulhijjah di Mina solat dalam khemah bersama dengan kawah sekhemah. Nak ambil whudu orang ramai akhir sekali guna air mineral punyalah sejuk. Di Mina kami pun solat secara jamak tapi tak qasar .

Kami pergi melantar selepas solat maqhrib pergi secara berkumpulan mengikut maktab bersama dengan pasangan masing2. Diketuai dengan petugas yang memegang bendera. Kami berjalan kaki menuju jamrah Aqabah. Pengalaman menarik yang saya lihat seorang nenek yang bongkok berjalan laju menarik anaknya yang sihat.

Menurut petugas pihak Arab Saudi telah tetapkan waktu yang berlainan bagi negara yang berlainan. Saya lihat jemaah Indonesia pergi ke Basement untuk melontar sementara kami melontar di GF. Selepas selesai kami pun berjalan balik sambil melihat kedai gunting rambut untuk tahallul tapi tak jumpa. Rasa tak selesa kerana tak jumpa kedai.

Sampai di kawasan khemah nampak seorang jemaah sedang mencukur rambut jemaah lain lalu minta tolong cukurkan saya pun tunggu dia kata boleh cukurkan tapi kena bagi pisau kerana pisau dah habis. Alhamdulillah Haji Sulaiman ada bawa banyak minta satu dari beliau. Lepas cukur mandi buka ihram dan pakai pakaian biasa dan tidur.

Pada 11 hb. kami melontar lepas solat maqhrib juga. Sementara pada 12hb. kami melontar lepas subuh kerana kami membuat Nafar Awal iaitu tidak melontar pada 13 hb. Lepas melontar kami terus berkemas dan menunggu bas datang untuk balik ke Mekah. Naik bas jalan jem sampai hampir zohor rasanya.

Mabit di Mudzalifah


Selepas solat maqhrin&isya' kami terus menaiki bas untuk pergi ke Mudzalifah kami adalah kumpulan yang pertama pergi. Sampai di sana keadaan sungguh sejuk. Kami turun letak barang ditempat yang disediakan dan mula untuk mencari batu untuk digunakan untuk melontar jamrah. Saya mengutip batu lebih dari 73 seperti yang diperlukan. untuk spare.

Selepas dapat batu kami pun duduk untuk menunggu 12.00 malam kerana selepas itu baru boleh pergi ke Mina. Cuaca sungguh sejuk menggigil masing2. Bas pun sampai masing2 berebut nak naik dulu kerana tak tahan sejuk sepatutnya kumpulan kami pergi dulu kerana sampai dulu.

Lega bila dapat naik bas , sampai ke Mina berehat sementara menunggu solat subuh.

Petugas pun mengarahkan orang tua , sakit , pergi dulu.

Friday, September 24, 2010

Padang Arafah

Kami berangkat untuk wukuf pada 8 zulhijjah ikut jadual lepas asar , jadi lepas asar kami pun terus buat tawaf wida' tapi bas hanya sampai lepas Isya' kami hanya solat di Hotel takut tertinggal bas. Kami pergi ke Arafah didiringi dengan hujan renyai-renyai. Sampai Arafah tidur bangun solat subuh, lepas subuh sarapan biskut dengan air teh. Wukuf bermula dengan kutbah yang disampaikan oleh petugas tabung haji solat zohor dan asar secara jama' tapi tak qasar maknanya 4 rakaat 4 rakaat. lepas tu berzikir doa kerana waktu itu mustajab doa hingga ke petang. Saya dan isteri pun sama2 berdoa di padang arafah. Kemudahan ok toilet ada. duduk dalam khemah. tak kisah sebab saya mas di U dulu selalu camping dah biasa.

Sepanjang saya di Mekah setiap waktu saya pergi ke masjid untuk solat waktu saya pergi sendiran isteri pergi dengan kawan sebilik. Biasanya pergi subuh kena awal kerana orang ramai biasanya sampai waktu azan pertama iaitu sejam sebelam masuk waktu. Lepas solat zohor balik hotel kerana nak makan tengahari dan biasnya saya pergi solat asar lepas isya' baru balik untuk makan malam.

Selepas jemaah makin ramai, pihak tabung haji menasihatkan muslimat tidak solat di masjid barulah saya pergi dengan isteri. Kami akan letak selipar di satu tempat di pintu masuk supaya senang untuk balik bersama. Bila jemaah dah makin ramai kami akan keluar selepas 15 minit habis solat supaya tidak bersesak-sesak.

Ada sekali kami bawa selipar masuk masjid dan letak di rak yang ada nombor untuk kami bertemu selepas solat, tiba-tiba saya lupa nombor berapa puas saya cari tak jumpa sebab rak semua sama. lepas penat saya tunggu isteri di pintu keluar tempat biasa lama juga baru dia sampai dia tanya kenapa tak pergi ke rak kasut say minta maaf lupa. Lepas dari tu saya letak macam biasa di pintu masuk senang.

Bila jemaah dan makin ramai kami tak buat umrah sunat lagi kami hanya buat tawaf sunat selepas subuh. Ad sekali tu jemaah terlalu ramai kami tawaf macam atas angin dan hampir terhimpit ke dinding masjid. Lepas dari tu kami tak tak buat tawaf lepas subuh. Kami mengaji dulu lepas solat dhuha baru buat tawaf sunat lepas tu balik hotel.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Haji Hood kerana mengajak naik bas kerana semasa umrah dulu kami naik van yang terpaksa kumpul sehingga 8 ke 12 orang tapi daengan naik bas saya dan isteri berdua naik bas boleh kata setiap hari ke Tanaim untuk membuat umrah.

Biasanya kami pergi selepas subuh , jadi sebelum subuh saya telah bersedia dengan pakaian ihram untuk solat subuh. selepas subuh terus pergi ke bas untuk ke tanaim. Balik naik van terus ke masjidil haram lepas tu pergi ke tandas dulu ambil wudhu dan terus buat tawaf Saie dan bercukur. Biasanya lepas tu kami solat dhuha dulu sebelum balik ke hotel.

Kadang2 beli ais cream berdekatan dengan masjid. Untuk sarapan kami beli kadang2 nasi lemak, mee hoon yang dijual oleh kebanyakan orang indonesia jual di tepi jalan.
lepas sarapan rehat dan kalau ada baju kotor basuh baju sidai di roof top atas hotel tali sidai beli di kedai. Biasanya saya pergi bersama dengan isteri ialah atas bangunan kan sunyi kenalah teman.