Pada 13 Ramadhan hari Sabtu, Saya pergi ke Jeram ambil anak2 dari asrama. Dalam oerjalan balik singgah ke hospital ziarah ayah... Sampai dalam pukul 4 pm lepas emak dan abang ada di hospital.. lepas asar adik sampai saya dan anak2 balik ke Semenyih.. Malam tu ada tazkirah semasa minum dengan ustaz anak datang bisik kata ayah dah meninggal.......
Bergegas pulang ke rumah ...... berkemas basuh baju esok nak bawa balik ke asrama ......... bertolak balik dalam kul 12 pm sampai 1.30 jenazah dah sampai rumah ......... ada sedara yang datang ana/menantu arwah Wak Joned ..........
Baca Yasin ...... pagi tu solat subuh di surau maklumkan pada ketua kampung ........
pagi tu ikut abang jumpa tukang gali kubur, pemandu van jenazah ...... mandi dan kapan .......... solat jenazah di surau ...... sebelum tu berucap untuk ucap terima kasih kepada semua dan minta kalau ada hutang boleh tuntut ......
Pergi surau solat jenazah cadangnya nak jadi imam tapi terlewat ..... Diimamkan oleh Imam masjid kawan sekolah rendah dulu. Alhamduliilah ramai rasanya 5 saf dlm. 200 orang.
Terus di bawa ke Kubur untuk di kebumikan selepas selesai duduk sebentar untuk berdoa....... Buat tahlil arwah 3x lepas asar di surau ikhwanuluslimin.... Hari selasa lepas isya' surau lain tempat abang jadi pengerusi pun buat tahlil kami anak lelaki/menantu pergi ke surau tersebut untuk joint sekali.....
Pada 20 Ramadhan buat sekali lagi tahlil lepas asar tapi buat di rumah ......... Pagi tu saya ada program di masjid Wilayah sebelum asar dalam kul 4.00 keluar balik rumah solat di masjid dapat lak bubur lambuk......
Malam tu qiam di masjid ....... malam tu malam 21 kalu ikut imam Al Ghazali kalau mula puasa hari Selasa Lailatul Qadar mlm 21 sahur sup daging ..... lepas subuh bergegas balik ke masjid wilayah program x habis lagi...
Lepas habis program pergi ke sekolah anak di Keramat ada meeting PIBG hingga tengahari.... Lepas zohor bertolak ke masjid negeri Shah Alam nak ambil anak yang qiam di situ program sekolah ....... buka puasa punyalah ramai orang lepas tarawih balik rumah.......
Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts
Wednesday, September 7, 2011
Friday, August 12, 2011
Ayah masih di Wad
Semasa di hospital ayah telah kena serangan COPD. Menurut doktor serangan tersebut pada paru-paru dan telah menyebabkan oksigen kurang ke jantung dan menyebabkan jantung berhenti .......... lebih kurang 8 minit ..... masa tu adik dan kakak berada di sisi......... doktor berusaha untuk mengepam jantung Alhamdulillah berjaya..... Menurut doktor oleh kerana jantung telah berhenti selama 8 minit maka banyak organ tak dapat oksigen seperti otak dan buah pinggang. Minggu depan doktor akan periksa sama ada otak masih berfungsi atau tidak...... ayah sekarang berada di dalam keadaan pengsan/koma/tidur tak pasti........ Kami adik beradik menantu dan cucu bergilir2 menjaga ayah............ Ya Allah aku menyerahkan kepadaMu untuk menentukannya kerana kau Maha Mengetahui mana yang lebih baik bagi ayah dan kami....... apa hikmah yang kami dapat daripada peristiwa ini......... sebelum ini kami merancang untuk mengadakan iftar bersama pada 6/8/2011 iaitu sekali dlam bulan ramadhan tetapi Allah telah takdirkan kami berbuka puasa hampir setiap hari bersama di hospital Allahhuakbar.............. lepas buka solat maghrib isya' dan tarawih di surau lepas tu baru balik rumah...... Ada satu hari tu jumpa Azmil Mustapha sempat bagi salam sedang di tolak dengan kerusi roda oleh nurse........
Friday, August 5, 2011
Ayahku masuk wad
Pada 2/8/2011 ayahku terpaksa dimasukkan ke wad kerana sesak nafas. Tengahari 3/8/2011 pergi menziarahinya...... nampak lemah sangat susah nak bernafas macam tersangkut2...... ayah mintaku kopekkan limau..... sayu rasanye....
Teringat kecil2 dulu kalau ada kerja pertukangan ayahkulah yang buat pisau, kapak gitar macam2 buat dari kayu..Ayahku memang pandai membuat kerja2 pertukangan setakat layang2, gasing, senapang semua ayah yang buat........
Paling tak dapatku lupa apabila dapat tawaran masuk ke U ayah menitiskan air mata kegembiraan.. Ibuku terpaksa menjual barang kemasnya untuk membayar yuran pengajianku.. Alhamdulillah semester 2 dapat pinjaman.......
Kalau boleh tak nak menyusahkan mereka...... Pada 1/8/2011 singgah rumah selepas menghantar 2 anakku ke asrama .... kenapa tak singgah ibu bertanya rindu katanya pada cucu... tak sempat dah lewat hantar pun lepas solat terawih.........
Aku berdoa agar mereka sentiasa sihat dipenghujung usia..... maafkan anakmu sekiranya ada perbuatan/percakapan yang mengecilkan hati.........
Subscribe to:
Posts (Atom)