Tuesday, June 22, 2010
Lawatan ke China
Hari Pertama
Kami naik k/terbang 1.40 am 14/6/2010. Kami telah berkumpul di KLIA 11.30 pm 13/6/2010. Saya tak dapat tidur kerana takut terlepas waktu subuh. Ambik wudhu' siap-siap di KLIA tapi tak tahan terpaksa ambik semula dalam k/terbang. Solat sambil duduk. Memang telah prepare kompas bawa dalam k/terbang. Sampai dalam pukul 7.00 pagi. Lepas ambik beg naik MPV yg disediakan oleh pihak kilang di China. Perjalanan ke Hotel di Liyang City mengambil masa 3/4 jam. Banyak kali berhenti sbb ada yang perut meragam. Sampai ke Hotel rasanya dalam pukul 2.00 ptg. Terus Solat jama' Zohor&Asar. Lepas tu berkumpul dan naik MPV untuk lawatan ke kilang Transformer hingga petang. Lepas makan malam balik ke Hotel untuk berehat, Solat jama' Maghrib&Isya' dan terus tidur.
Sunday, June 20, 2010
Lawatan ke China
Persediaan
Saya telah ke China untuk lawatan ke kilang transformer di Jiangsu, China lebih kurang 3/4 jam perjalanan dengan kereta dari Lapangan Terbang Shanghai. Sebelum pergi saya buat sedikit persediaan
- Kompas kiblat beli kat pasar keramat Rm10.00 je
- Waktu Solat cari di internet
- Sejadah ada kat rumah bawa yg nipis je
- Suhu tengok panas je tak payah beli baju sejuk
- beg guna je yg ada kat rumah beg Utas masa pergi Umrah ok gak
Subscribe to:
Posts (Atom)