Tuesday, July 20, 2010









Hari Ketiga

Hari ini kami plan nak pergi ke Ekspo Shanghai di mana semua negara involve membuat pameran termasuk Malaysia. Kami bertolak awal pagi tu pukul 9.00 pagi lepas sarapan. Saya sarapan kat Hotel makan buh je lain tak lalu.

Kami pergi naik MRT bawah tanah sampai ke tapak ekspo nak masuk macam di lapangan terbang siap ada mesin scan. botol air pun tak boleh bawa. Punylah besar kawasan orang pun ramai beratur nak masuk satu-satu pameran makan masa 1 jam lebih tengahari kami makan cari kedai muslim alhamdulillah ada. Jam dah pukul 2.00 pm tanya tuan kedai ada tempat solat tak katanya tak ada ahh sudah masalah ni. di situ ada tempat pertanyaan tanya diorang pun tak ada saya ada tempat berehat minta izin nak solat, baik diorang bagi satu bilik untuk solat dia tanya berapa lama 10 minit je. ok wudhu' ambik kat sinki toilet kompas pun memang sentiasa bawa sejadah surat khabat buat lapik semua ada. Lega dah solat makan. lepas makan kita pergi lain-lain pameran hingga malam.

Di ekspo tu sempat naik feri menyeberang sungai kerana ekspo tu merangkumi sungai tersebut. Dah penat balik ke hotel singgah ke kedai makan berdekatan dengan hotel sempat bergambar dengan pekedai yang sorang tu dah naik haji sayang tak tahu berbahasa Cina kalu tak boleh gak borak2. Masa teringat waktu solat saja nak tahu sama ada masa yang saya dapat di internet sama ke tidak. Saya suruh kontraktor tu tanya waktu solat subuh masuk pukul berapa dia kata dalam pukul 4 lebih sikit. Lainlah sikit kalau ikut internet 3.30 dah masuk dah..Lepas makan balik hotel. Mandi solat tidur... Penat sungguh ni banyak berjalan di ekspo.....kawasan sangat luas.......

Cantik kereta diorang guna di ekspo guna bateri......

Tuesday, July 13, 2010

Kedai Makan Islam di China



Kedai makan Islam



Bersama seorang pekerja kedai makan



Melihat keindahan bangunan di tepi Sungai di waktu malam



Restoran Islam - dalam kedai gantung ayat seribu dinar



Restoran Islam - Luar kedai

Hari Kedua - Selasa

Bangun Solat Subuh lepas tu sarapan, roti dengan kaya, saya ada bawa roti Gardinea, check out dari Hotel pukul 10 pagi. Naik MPV pergi ke Shanghai 3/4 jam lagi. Sampai di Hotel dalam kul 2.00 petang. Solat lepas tu pergi makan tengahari. Jalan kaki cari kedai muslim. Lepas makan kami berjalan2 melihat komples berdekatan yang menjual barangan elaktrik sampai maghrib.

Lepas tu naik teksi pergi kedai makan untuk makan malam. Sempat ambik gambar dengan seorang pekerja lupa nak tanya nama. Lepas makan kami naik motor roda 3 pergi ke melihat pemandangan di tepi sungai yang cantik dengan bangunan yang bermandikan cahaya. Juga ada feri yang bergerak perlahan di sungai tersebut.

Lepas penat dan ambil gambar hari pun dah lewat malam kami mancari bas/teksi untuk balik payah dapat sebab ramai orang . Last-last naik MPV sapu balik hotel. Lepas solat tidur.