Monday, November 28, 2011

Kenduri kahwin di Muar



Pada 12/11/2011 kami sekeluarga menghadiri kenduri kahwin kawan saya di Muar. Lepas kenduri terus balik kampung mertua.

Hari Warga Kerja di PD







Pada 29&30 Oktober 2011 sykt tempat saya bekerja telah mengadakan hari warga kerja. Ada sukan dan cabutan bertuah.

Ibadah Qurban 1432H di Surau Ar Rahman





Pada 10 Zulhijjah 1432H/6 Nov 2011 yang lalu pihak surau telah mengadakan ibadah qurban. Sebanyak 5 ekor lembu telah diqurbankan. Ini adalah qurban/aqiqah kariah Taman Semenyih Indah dan taman berdekatan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sebahagian tulang telah dimasak sup untuk dimakan beramai2 selepas Solat Zohor.

Wednesday, November 2, 2011

Bertunang






Kami sekeluarga menghadiri majlis pertunangan anak buah di Tangkak..........

Sunday, October 30, 2011

Kakak Ipar


Pada 17/10/2011 kira2 jam 10pm kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian kakak isteri saya yang tinggal di P.Pinang. Setelah berkemas kami sekeluarga bergegas ke P.Pinang kira2 jam 11pm .. Kami samapi kira2 jam 5am setelah berehat di beberapa R&R . Jenazah telah selamat dikebumikan pukul 12.00 setelah disembahyangkan di masjid berdekatan. Kami balik selepas tahlil malam tersebut kira2 kul 11pm dan sampai kul 4am...

Al Fatihah - Semoga rohnya dicucuri rahmat

Mesir






Anak buah .... anak kedua kakak pergi ke Mesir untuk sambung belajar ... Anak pertama dah ada di sana.. Kami sekeluarga pun turut pergi menghantar ke KLIA.

Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya 2011














Raya tahun ni kurang meriah kerna ayah baru saje pulang ke rahmatullah. Saya dan keluarga balik ke kampung saya pada hari ahad malam isnin lepas solat tarawih sampai dalam kul 1.30 pagi.....

Pagi sebelum pergi solat hari raya sarapan dulu sunat ......... saya isteri dan anak lelaki pergi ke masjid solat lepas solat kami berkumpul untuk bermaaf maafan .......
Lepas tu pergi beraya rumah atuk sedara pak sedara ..... pagi tu saya pergi bersama keluarga kakak .. adik lelaki dan perempuan jag arumah tolong mak layan tetamu ...... abang balik melaka sebab isteri baru bersalin 15 Ramadhan selepas saje ayah meninggal ..........

lepas zohor ganti saya dan kakak pulak jaga umah ..... lepas mereka balik kami pun beraya ke sebelah mak di Meru singgah solat maghrib di masjid ..... lepas isya' makan balik ....

Raya kedua beraya ke umah sepupu... sebelah malam pergi umah makcik di Andalas....
Raya ketiga balik ke umah mertua di Muar ......... singgah di tangkak umah kakak ipar sebab semua beraya di situ termasuk mak mertua. balik singgah di umah sepupu orang umah di serom ........ sampai umah sebelum maghrib....

Malam solat maghrib di masjid tempat adik ipar jadi imam ......... isya' solat di masjid bandar cantik siap ada WiFi tempat rehat ......

Raya ke empat rehat di umah , malam beraya di umah kakak ipar ...... Esok pergi ke umah pak sedara ada majlis aqiqah cucu ...... sebelum tu singgah umah makcik dan juga makcik mak mertua......

Balik umah rehat jap ......... Kul 4 pm bertolaj balik Semenyih .... singgah di masjid Mantin solat maghrib&isya'....... lepas tu singgah umah adik di Kesuma Lake beraya dan ambil kuih mak kirim......... lepas singgah Tesco beli susu anak dan barang2 untuk bawa ke asrama .........

Ahad hantar anak2 balik ke asrama singgah di bukit canggang ada kenduri kahwin kawan orang umah ...........

Mak Mertua balik umrah

Pada 23 Ramadhan saya cuti lagi .... pergi ke KLIA mak mertua ....... sempat duduk2 borak sementara menunggu biras dari kampung sampai untuk mengambil mereka....

Ayah kami meninggal dunia

Pada 13 Ramadhan hari Sabtu, Saya pergi ke Jeram ambil anak2 dari asrama. Dalam oerjalan balik singgah ke hospital ziarah ayah... Sampai dalam pukul 4 pm lepas emak dan abang ada di hospital.. lepas asar adik sampai saya dan anak2 balik ke Semenyih.. Malam tu ada tazkirah semasa minum dengan ustaz anak datang bisik kata ayah dah meninggal.......

Bergegas pulang ke rumah ...... berkemas basuh baju esok nak bawa balik ke asrama ......... bertolak balik dalam kul 12 pm sampai 1.30 jenazah dah sampai rumah ......... ada sedara yang datang ana/menantu arwah Wak Joned ..........

Baca Yasin ...... pagi tu solat subuh di surau maklumkan pada ketua kampung ........
pagi tu ikut abang jumpa tukang gali kubur, pemandu van jenazah ...... mandi dan kapan .......... solat jenazah di surau ...... sebelum tu berucap untuk ucap terima kasih kepada semua dan minta kalau ada hutang boleh tuntut ......

Pergi surau solat jenazah cadangnya nak jadi imam tapi terlewat ..... Diimamkan oleh Imam masjid kawan sekolah rendah dulu. Alhamduliilah ramai rasanya 5 saf dlm. 200 orang.

Terus di bawa ke Kubur untuk di kebumikan selepas selesai duduk sebentar untuk berdoa....... Buat tahlil arwah 3x lepas asar di surau ikhwanuluslimin.... Hari selasa lepas isya' surau lain tempat abang jadi pengerusi pun buat tahlil kami anak lelaki/menantu pergi ke surau tersebut untuk joint sekali.....

Pada 20 Ramadhan buat sekali lagi tahlil lepas asar tapi buat di rumah ......... Pagi tu saya ada program di masjid Wilayah sebelum asar dalam kul 4.00 keluar balik rumah solat di masjid dapat lak bubur lambuk......

Malam tu qiam di masjid ....... malam tu malam 21 kalu ikut imam Al Ghazali kalau mula puasa hari Selasa Lailatul Qadar mlm 21 sahur sup daging ..... lepas subuh bergegas balik ke masjid wilayah program x habis lagi...

Lepas habis program pergi ke sekolah anak di Keramat ada meeting PIBG hingga tengahari.... Lepas zohor bertolak ke masjid negeri Shah Alam nak ambil anak yang qiam di situ program sekolah ....... buka puasa punyalah ramai orang lepas tarawih balik rumah.......

Friday, August 12, 2011

Ayah masih di Wad

Semasa di hospital ayah telah kena serangan COPD. Menurut doktor serangan tersebut pada paru-paru dan telah menyebabkan oksigen kurang ke jantung dan menyebabkan jantung berhenti .......... lebih kurang 8 minit ..... masa tu adik dan kakak berada di sisi......... doktor berusaha untuk mengepam jantung Alhamdulillah berjaya..... Menurut doktor oleh kerana jantung telah berhenti selama 8 minit maka banyak organ tak dapat oksigen seperti otak dan buah pinggang. Minggu depan doktor akan periksa sama ada otak masih berfungsi atau tidak...... ayah sekarang berada di dalam keadaan pengsan/koma/tidur tak pasti........ Kami adik beradik menantu dan cucu bergilir2 menjaga ayah............ Ya Allah aku menyerahkan kepadaMu untuk menentukannya kerana kau Maha Mengetahui mana yang lebih baik bagi ayah dan kami....... apa hikmah yang kami dapat daripada peristiwa ini......... sebelum ini kami merancang untuk mengadakan iftar bersama pada 6/8/2011 iaitu sekali dlam bulan ramadhan tetapi Allah telah takdirkan kami berbuka puasa hampir setiap hari bersama di hospital Allahhuakbar.............. lepas buka solat maghrib isya' dan tarawih di surau lepas tu baru balik rumah...... Ada satu hari tu jumpa Azmil Mustapha sempat bagi salam sedang di tolak dengan kerusi roda oleh nurse........

Mak Mertua, adik dan kakak ipar pergi umrah




Pada Khamis 11 Ogos 2011 saya bercuti kerana menghantar Mak mertua, adik dan kakak ipar pergi umrah. Kami sekeluarga menghantar di KLIA.

Friday, August 5, 2011

Hari jualan sekolah



Esok hari jualan anakku di sekolah malam tu sibuk nak beli ais cream kon bekas balik rumah tidur pukul 2 pagi dia kejut minta tolong ikatkan ais cream malaysia dia buat sirap bandung boleh tahan juga dia minat niaga........

Kenduri kahwin di UIA sebelah PPUM PJ



Kawanku mengkahwinkan anaknya, lepas tu singgah solat di masjid .. canggih temopat wudhu'nya. Lepas tu terus balik ke kampung Muar ...... kebetulan malam tu malam nisfu Syaaban surau , masjid semua buat bacaan yasin 3 kali...

Anakku demam semput



Anakku demam & semput terpaksa masuk gas

Banner ceramah



Kami telah mengadakan ceramah Isra' & Mikraj pada 2/7/2011.

Ayahku masuk wad


Pada 2/8/2011 ayahku terpaksa dimasukkan ke wad kerana sesak nafas. Tengahari 3/8/2011 pergi menziarahinya...... nampak lemah sangat susah nak bernafas macam tersangkut2...... ayah mintaku kopekkan limau..... sayu rasanye....

Teringat kecil2 dulu kalau ada kerja pertukangan ayahkulah yang buat pisau, kapak gitar macam2 buat dari kayu..Ayahku memang pandai membuat kerja2 pertukangan setakat layang2, gasing, senapang semua ayah yang buat........

Paling tak dapatku lupa apabila dapat tawaran masuk ke U ayah menitiskan air mata kegembiraan.. Ibuku terpaksa menjual barang kemasnya untuk membayar yuran pengajianku.. Alhamdulillah semester 2 dapat pinjaman.......

Kalau boleh tak nak menyusahkan mereka...... Pada 1/8/2011 singgah rumah selepas menghantar 2 anakku ke asrama .... kenapa tak singgah ibu bertanya rindu katanya pada cucu... tak sempat dah lewat hantar pun lepas solat terawih.........

Aku berdoa agar mereka sentiasa sihat dipenghujung usia..... maafkan anakmu sekiranya ada perbuatan/percakapan yang mengecilkan hati.........

Tuesday, July 26, 2011