Monday, December 17, 2012

Anak Saudara Isteriku Kahwin

Pada 16/12/2012 kakak isteriku telah mengadakan majlis perkahwinan anak keduanya di Hotel Royale Bintang Seremban.

Selamat Ulang Tahun Ke 5

Pada 11/12/2012 genap anakku Balqis berusia 5 tahun. Sama dengan Keputraan Sultan Selangor.. cuti satu Selangor.

Wednesday, December 12, 2012

Ayat Kursi

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat). Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu.. “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?) Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..) Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Monday, December 10, 2012

Doa seorang suami

Gambar sebagai hiasan Ayam sudah mula berkokok, mengerakkan hening pagi yang lama membisu. Si suami bangun lalu mengerakkan isterinya. “Sayang, bangun sayang…dah subuh..kita solat sama-sama jom…” Si suami berjalan meninggalkan isterinya yg masih terpingga-pinga, masih dibuai mimpi nan indah. Berjalan si suami menuju ke bilik anak-anaknya. Tombol dipusingkan. Melihat anak-anakya sedang enak tidur, hatinya berat untuk menganggu tidur anaknya itu, tapi mengingatkan pada perintah Tuhannya, dia berjalan pergi pada anak-anaknya. Di usap kepala mereka yg kecil itu. Lalu hatinya berdesis, “nak…besar nanti jadi anak soleh ya… abi dan umi sayang kamu.” Perlahan-lahan tangan yang kasar itu mengerakkan anak-anak kecil itu. “dah subuh nak….bangun nak…pergi ambil wuduk, kita solat sama-sama. abi tunggu kat luar.” Bangun anak-anak yang kecil itu meninggalkan selimut mereka. Berjalan separuh sedar menuju ke tandas dan membasuh muka. Mengambil wuduk. persiapkan diri untuk mengikut perbuatan abinya nanti. solat. Suara yang garau itu dilaungkan ‘Allahuakhbar..’ tangan diangkat, dibawa keduanya ke atas perutnya. Seperti orang yang telah mati diletakkan tangannya. ‘Assalamualaikum wbt….Assalamualaikum wbt….’ tapak tangan mengusapi muka hamba yang berdosa. Anak kecil lantas terus mengikutinya tanpa sebarang soal. Akalnya masih belum benar mengerti apa yang dilakukan oleh abinya. Cuma diberitahu kita sedang solat. menyembah Tuhan kita, Allah taala. Tangan diangkat dan dirapatkan, anak kecil cuma mengikut gerakgeri abinya. Si isteri tersenyum manja melihat kedua anak kecilnya itu. ” Ya Tuhan, engkau berikanlah kepada diriku kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anakku, untuk sampai ke syurgaMu. Ya Tuhan, jangan Engkau biarkan aku terus menzalimi diriku dan keluarga. Kau jadikanlah aku seorang suami dan ayah yang baik pada isteri dan anakku. Kau jadikanlah juga isteriku sebagai seorang isteri yg solehah..yang mampu menjadi penyejuk hatiku, yang akan mendamaikan jiwaku. Kau berikanlah dia kekuatan untuk terus dan menerus menjaga anak-anakku. untuk mendidik mereka menjadi anak yg soleh. Kau berikanlah dia ketabahan dan kecekalan dalam mengharungi perjalanan rumahtangga bersamaku. “ Si isteri merasa sayu..hatinya sayu mendengar luahan doa dari seorang hamba yang cintakan Tuhannya, yang merintih kepada-Nya. Hatinya seperti disirami kasturi dari syurga. Setiap patah yang dilafazkan menusuk ke jiwa sanubarinya. Air matanya tertahan untuk tidak gugur lagi. “Aku syukur Ya Tuhan, Engkau kurniakan aku seorang isteri yg solehah buat diriku ini.. Aku syukur Ya Tuhan, Engkau berikan seorang ibu yang baik buat anak-anakku ini… Aku syukur Ya Tuhan, dialah yang akan bersamaku, susah dan senang, untuk kami terus berjalan ke syurgaMu. Kau eratkanlah kasih sayang antara kami, suami dan isteri, ibubapa dan anak-anak. kurniakanlah kami cinta untuk kami saling berkasihsayang keranaMu. Ya Tuhan, suatu hari nanti aku pasti akan pergi. pergi meninggalkan dunia yang fana ini. meninggalkan isteri dan anak-anakku. Engkau peliharalah mereka Ya Tuhan! Engkau lindungilah mereka dari menjadi bahan bakar api nerakaMu. Sesungguhnya aku takut untuk itu Ya Tuhan… Ampunkanlah kelalaian diriku selama ini.” Air mata dari seorg hamba jatuh berderai membasahi bumi. Titisan-titisan taubat dan kecintaan mula luruh. Isterinya sudah tidak tertanggung…pipinya sudah disirami dengan air mata keinsafan. Munajat seorang hamba. Doa diaminkan… Suami memandang ke belakang. Entah apa yang dicari. Dia bangun mengorek langkah mendapatkan isterinya, merangkul anak-anak kecilnya. Tangan isteri dipgg erat. “Sayang…bantu abg untuk bawa keluarga kita ke syurga.” Tiada kata diucapkan lagi dari bibir si isteri. Air matanya masih belum mahu behenti mengalir. Cuma anggukkan kecil dibuat. Sambil melihat wajah seorang suami dan ayah pada anak-anak mereka.

Syukurlah Dengan Kurniaannya

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. “Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut. “Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. “Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?” Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan… ‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. “Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.” “Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.” “Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.” “Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.” “Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.” “Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.” “Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.” “Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.” “Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.” “Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.” Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. “Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Puaskah Siti sayangku..?” “Jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan,maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Friday, December 7, 2012

Kambing panjat pokok

Sebelum anda membuat apa-apa kesimpulan tentang gambar diatas, gambar ini sememangnya realiti dan bukannya di reka atau “superimpose” di dalam Photoshop. Peliknya, kambing aneh ini ini benar-benar memanjat pokok Argan di Morocco untuk mencari makanan, yang jarang ditemui di rantau ini. Kambing-kambing ini sudah biasa memanjat pokok malah mampu menyesuaikan diri untuk berjalan di atas pokok. Pastinya sukar untuk membayangkan ia adalah salah satu haiwan yang berkuku “hoof”. Yang lagi pelik najis kambing mengandungi biji-biji benih yang mereka makan digunakan oleh penduduk tempatan untuk dikisar dan dijadikan minyak. Yang lebih membimbangkan, minyak ini kemudiannya diperoses untuk menghasilkan beberapa kegunaan termasuk kuliner dan kosmetik. Anda mungkin menolak versi produk-produkyang dijual oleh petani tempatan ini. Untuk setiap botol berisi 1 / 4 liter minyak hadaman kambing ini anda boleh dapat dengan membayar dari 15 hingga 50 dolar. Dikenali sebagai pemandu arah mahir dengan keadaan bergunung-ganang, mungkin ia bukan satu kejutan selepas anda semua mengetahui kambing boleh memanjat untuk sampai ke dahan yang curam dan sempit pada pokok yang sememangnya berbahaya. Masih tidak percaya bagaimana kambing memanjat pohon sehingga ketinggian 30 kaki?

Kekuasaan Allah

PELIK! Batang Pokok Yang Tumbang Lalu Membengkok Untuk Selamatkan Kereta Seorang Ustaz. Kisah ini mengenai seorang wali keturunan Bani Mu’awiyah yang kini hidup sebagai orang biasa, mengajar di sekolah Islam biasa di London, mengalami kejadian yang menakjubkan. Ustaz itu mempunyai sebuah rumah biasa, dan berkereta ke sekolah. Kereta itu pula dah tua, dan dia tak dapat beli kereta baru walaupun gajinya lebih dari cukup untuk duit muka kereta. Kereta sana murah, kan. Tapi dia kata, kekayaan yang dia ada bukan milik dia seorang. Selain keenakan kereta baru, dia letak prioriti duit itu pada tempat lain. So, dia lebihkan derma daripada tukar kereta. Tak macam orang kita, kan. Satu hari berlaku ribut taufan di perkampungan beliau, dan sebatang pokok telah tumbang di laman depan rumahnya. Dia sangka anjung rumah dia akan rosak, apatah lagi keretanya. Namun, dalam curiosity tu, dia tetap reda kalau jadi apa-apa. Apabila dia keluar dan melihat apa yang terjadi, dia tak percaya. Anjung rumahnya tak rosak, dan keretanya seolah-olah ‘diselamatkan’ oleh malaikat. Batang pokok itu membengkok agar tidak mengenai bahagian belakang kereta beliau. Kelihatan dalam gambar beliau cerita sepatutnya trajektori pokok itu akan hempap keretanya, dan batang pokok itu seingat dia lurus. Kalau tak silap lah, katanya. Tapi dah tumbang jadi bengkok.

Katibah

Menghadiri program Katibah anjuran Ikram Kajang di Musolla Sekolah Al Amin Bangi

Shopping di Kenanga Wholesale City KL

Sekeluarga shopping di Kenanga Wholesale City di belakang Balai Bomba Jalan Hang Tuah dari pagi hingga petang. Singgah Solat Zohor di masjid Bukhori Jalan Hang Tuah lepas shopping Solat Asar di Bangunan Kenanga lepas tu ingat nak makan nasi arab di Bukit Bintang tapi jalan jem. Terus pergi ke Cyberjaya makan nasi arab di sana Saba ke apa nama dia... sampai kul 7 mlm solat maghrib dulu baru makan ... lepas makan solat isya lepas tu balik rumah....

Iftar Bulanan Ikram Kajang pada 11/10/2012

Menghadiri program Bulanan Iftar di Sekolah Al Amin Bangi.

Hari Keluarga TM di Sunway Lagoon

Bersama keluarga menghadiri program Hari Keluarga TM di Sunway Lagoon.

Iftar Bulanan Ikram Kajang

Menghadiri Program Majlis Berbuka Puasa Secara Bulanan anjuran Ikram Kajang di Sekolah Al Amin Bangi pada 6/12/2012. Sedikit tazkiran telah disampaikan oleh YDP Ikram Selangor iaitu Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus tentang Kata2 Siti Aisyah isteri Rasulullah S.A.W iaitu "Mata yakunul mar'u musiian? Iza zhonna annahu muhsinan : Bila seseorang itu menjadi jahat? Apabila ia perasan menjadi/buat baik".

Wednesday, December 5, 2012

Program Bulanan Remaja Muslim

Program bulanan remaja muslim yang kedua telah diadakan dimana seramai lebih kurang 60 anak-anak kariah telah menyertainya. Pada kali ini temanya ialah kem solat. Penekanan pada kali ini ialah tentang membetulkan bacaan syahadah dan Surah AL Fatehah. Kali ini program diselangi dengan teka-teki ... menyusun 10 biji guli di dalam 5 garisan lurus. Syaratnya setiap garis lurus mesti mengandungi 4 biji guli.

Program Bulanan Remaja Muslim

Surau Ar Rahman telah menganjurkan program bulanan untuk anak-anak kariah Taman Semenyih Indah. Program yang pertama bertemakan wudhu' secara teori dan praktikal. Seramai lebih kurang 70 anak-anak telah menyertainya. Sebagai acara sampingan teka silangkata telah diadakan dan kumpulan yang menag telah diberi hadiah..

Anak Saudara Isteriku

Anak saudara isteriku berkahwin di Batu Pahat. Majlis telah dibuat di Hotel. Majlis pernikahan telah diadakan di Hotel juga pada 9/11/2012 dan majlis perkahwinan pada 10/11/2012. Kami duduk di bilik Hotel yang disediakan.

Hari Keluarga TM

Berpanas tunggu cabutan bertuah he3 ........

Tuesday, December 4, 2012

Pokok mangga tepi rumah

Pokok mangga tepi rumah sedang berbuah.