Monday, October 29, 2012
Ibadah Qurban di Surau Taman Semenyih Indah 1433H
Alhamdulillah tahun sebanyak 7 ekor lembu telah diqurbankan sempena Hari Raya Aidil Adha 1433H.
Tapi yang suspennya lembu tak sampai pada malam raya seperti selalu. Pagi sebelum solat raya pun lembu belum sampai. Lepas solat baru sampai ... itu pun hanya 2 ekor.. siap lebih kurang kul 11.00 pagi.....
Lepas Jumaat saya dan timbalan pengerusi surau En Rahman terpaksa pergi ke ladang lembu di Teras Jernang... Sampai sana pekerja2 sedang menaikkan lembu tapi untuk Wangsa Malawati........ Lepas siap baru dinaikkan lembu untuk taman kami....... Sampai kul 4 petang ........
Semasa menurunkan lembu ... seekor pulak terlepas lari .... habis satu taman dia lari ........ Alhamdulillah dapat ditangkap ..... Lepas Solat Asar baru penyembelihan dibuat ... Lembu yang lari disembelih dulu tapi lambat matinya lepas 2 ekor dilapah baru dia mati......
Pengagihan daging dilaksanakan semasa azan Maghrib berkumandang ........... Malam lepas isya' makan sup tulang ...........
Subscribe to:
Posts (Atom)