Wednesday, November 28, 2012
Kemalangan
Pada 18/11/2012 kami sekeluarga balik ke kampung di Muar kerana menziarahi Pak saudara yang meninggal dunia. Semasa di dalam perjalanan di Sungai Mati berhampiran masjid jamek, sebuah motosikal Jaguh dari arah bertentangan telah terbabas dan melanggar devider seterusnya melambung merempuh kereta kami.
Saya tak dapat berbuat apa-apa. Saya pun berhenti, setelah lihat kereta mula berasap mungkin radiator pecah, terus saya matikan enjin. Ramai orang yang berhenti dan menolong penunggang motosikal tersebut.
Saya pun call ambulan & polis untuk bantuan. Setelah beberapa lama polis pun sampai. Lepas tu ambulan sampai dan membaawa penunggang motosikal tersebut ke hospital. Kami telah menghubungi adik yang tinggal di Serom. Isteri dan anak2 dihantar ke Muar. Sementara saya mengikut tukang tarik kereta pergi ke balai buat report.
Lepas siap saya dihantar pulang ke Muar. Esoknya saya pergi menziarahi arwah dengan menaiki CRV abang ipar yang ditinggalkan di rumah mak kerana abang ipar keluar 4 bulan ke Filipina.
Balik Semenyih terpaksa naik bas, keretapi dan teksi ... RM20 MPV dari komuter kajang ke rumah............
Subscribe to:
Posts (Atom)