Sunday, September 26, 2010

Mabit di Mudzalifah


Selepas solat maqhrin&isya' kami terus menaiki bas untuk pergi ke Mudzalifah kami adalah kumpulan yang pertama pergi. Sampai di sana keadaan sungguh sejuk. Kami turun letak barang ditempat yang disediakan dan mula untuk mencari batu untuk digunakan untuk melontar jamrah. Saya mengutip batu lebih dari 73 seperti yang diperlukan. untuk spare.

Selepas dapat batu kami pun duduk untuk menunggu 12.00 malam kerana selepas itu baru boleh pergi ke Mina. Cuaca sungguh sejuk menggigil masing2. Bas pun sampai masing2 berebut nak naik dulu kerana tak tahan sejuk sepatutnya kumpulan kami pergi dulu kerana sampai dulu.

Lega bila dapat naik bas , sampai ke Mina berehat sementara menunggu solat subuh.

Petugas pun mengarahkan orang tua , sakit , pergi dulu.

Friday, September 24, 2010

Padang Arafah

Kami berangkat untuk wukuf pada 8 zulhijjah ikut jadual lepas asar , jadi lepas asar kami pun terus buat tawaf wida' tapi bas hanya sampai lepas Isya' kami hanya solat di Hotel takut tertinggal bas. Kami pergi ke Arafah didiringi dengan hujan renyai-renyai. Sampai Arafah tidur bangun solat subuh, lepas subuh sarapan biskut dengan air teh. Wukuf bermula dengan kutbah yang disampaikan oleh petugas tabung haji solat zohor dan asar secara jama' tapi tak qasar maknanya 4 rakaat 4 rakaat. lepas tu berzikir doa kerana waktu itu mustajab doa hingga ke petang. Saya dan isteri pun sama2 berdoa di padang arafah. Kemudahan ok toilet ada. duduk dalam khemah. tak kisah sebab saya mas di U dulu selalu camping dah biasa.

Sepanjang saya di Mekah setiap waktu saya pergi ke masjid untuk solat waktu saya pergi sendiran isteri pergi dengan kawan sebilik. Biasanya pergi subuh kena awal kerana orang ramai biasanya sampai waktu azan pertama iaitu sejam sebelam masuk waktu. Lepas solat zohor balik hotel kerana nak makan tengahari dan biasnya saya pergi solat asar lepas isya' baru balik untuk makan malam.

Selepas jemaah makin ramai, pihak tabung haji menasihatkan muslimat tidak solat di masjid barulah saya pergi dengan isteri. Kami akan letak selipar di satu tempat di pintu masuk supaya senang untuk balik bersama. Bila jemaah dah makin ramai kami akan keluar selepas 15 minit habis solat supaya tidak bersesak-sesak.

Ada sekali kami bawa selipar masuk masjid dan letak di rak yang ada nombor untuk kami bertemu selepas solat, tiba-tiba saya lupa nombor berapa puas saya cari tak jumpa sebab rak semua sama. lepas penat saya tunggu isteri di pintu keluar tempat biasa lama juga baru dia sampai dia tanya kenapa tak pergi ke rak kasut say minta maaf lupa. Lepas dari tu saya letak macam biasa di pintu masuk senang.

Bila jemaah dan makin ramai kami tak buat umrah sunat lagi kami hanya buat tawaf sunat selepas subuh. Ad sekali tu jemaah terlalu ramai kami tawaf macam atas angin dan hampir terhimpit ke dinding masjid. Lepas dari tu kami tak tak buat tawaf lepas subuh. Kami mengaji dulu lepas solat dhuha baru buat tawaf sunat lepas tu balik hotel.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Haji Hood kerana mengajak naik bas kerana semasa umrah dulu kami naik van yang terpaksa kumpul sehingga 8 ke 12 orang tapi daengan naik bas saya dan isteri berdua naik bas boleh kata setiap hari ke Tanaim untuk membuat umrah.

Biasanya kami pergi selepas subuh , jadi sebelum subuh saya telah bersedia dengan pakaian ihram untuk solat subuh. selepas subuh terus pergi ke bas untuk ke tanaim. Balik naik van terus ke masjidil haram lepas tu pergi ke tandas dulu ambil wudhu dan terus buat tawaf Saie dan bercukur. Biasanya lepas tu kami solat dhuha dulu sebelum balik ke hotel.

Kadang2 beli ais cream berdekatan dengan masjid. Untuk sarapan kami beli kadang2 nasi lemak, mee hoon yang dijual oleh kebanyakan orang indonesia jual di tepi jalan.
lepas sarapan rehat dan kalau ada baju kotor basuh baju sidai di roof top atas hotel tali sidai beli di kedai. Biasanya saya pergi bersama dengan isteri ialah atas bangunan kan sunyi kenalah teman.


Saya menginap bersama2 jemaah lain di Mekah:-

Gambar pertama :-

Dari kanan

1) Haji Sulaiman (sebilik di mekah)
2) Haji Salleh (sebilik di Mekah)
3) Penulis
4) Isteri Haji Sulaiman

Gambar kedua

Dari kiri

1) Haji Fauzi (Kawah sebilik di Madinah)
2) Haji Rosli (kawan sebilik di Madinah & Mekah)
3) Haji Che Mat (sebilik di Mekah)
4) Penulis
5) Haji Che Rahim (kawan sebilik di Madinah)
6) Haji Sulaiman

Tiada dalam gambar (sebilik di Mekah)

6) Haji Hood
7) Haji Asmadi

Hari kedua kami rehat hanya pergi untuk solat jemaah setiap waktu. Petang tu Haji Hood ajak saya pergi buat Umrah selepas asar dengan menaiki bas. Saya pun setuju. sebelum pergi solat asar siap dengan pakaian ihram lepas solat asar terus ikut dia naik bas untuk pergi ke Miqat di Tanaim rupanya dekat je dengan masjid sebelah dataran pintu 1 abd. Aziz.

Balik naik van kerana banyak van di Tanaim joint je dengan mana2 jemaah pun je van pun jalan menuju ke masjidil Haram. buat tawaf saie bercukur lepas isya' baru balik untuk makan malam.




Alhamdulillah kami sampai ke Mekah semasa azan subuh berkumandang, oleh kerana tak nampak masjid dari hotel, saya mengambil keputusan untuk solat di hotel sahaja di tingkat 1, berjemaah dengan lain2 jemaah dan petugas tabung haji. Ketika sampai mereka telah solat saya pun masbuk, lepas tu sampai lagi lain2 jemaah solat dibelakang saya - saya jadi imam.

Teringat saya ketika sampai ada jemaah lain selain jemaah dari malaysia macam arab, saya pun mengambil keputusan untuk tidak membaca qunut ini saya sandarkan kepada Imam Syafie yang menjadi Imam di tempat Imam Malik ke atau Imam Hanafi tak ingat untuk menghormati pandangan Imam tersebut Imam Syafie tidak membaca qunut.

Kami menginap di Hotel Habiba sama dengan ibu pejabat tabung haji, ada klinik, ada kaunter tabung haji ada ustaz/ustazah sebagai rujukan dll. Bersama2 kami menginap di hotel tersebut ialah Noh Gadut Mufti Johor dan Mustapha Muhammad Menteri.

Hotel itu kira2 800 meter ke Masjidil Haram ia berada di atas bukit penat sikit bila nak balik ke hotel kalau pergi masjid seronok menuruni bukit. Kami dinasihatkan untuk berehat kerana ibadah tawaf dan saie telah dijadualkan akan dilaksanakan selepas Isya'.

Tempat makan diletakkan di setiap lif lobi ada meja kerusi- kami telah dihidangkan dengan makanan secara bungkus tetapi dalam keadaan panas kerana diletakkan di dalam oven. Kami disediakan makanan tengahari dan malam sarapan kena cari sendiri.

Selepas Isya' kami berkumpul di lif lobi GF bersama2 dengan petugas TH kami pun berjalan menuju ke Masjid dengan bertalbiah beramai2. Kami masuk mengikut Babus Salam ditengah2 tempat Saie. mula2 kami bersama2 lepas tu berpisah kerana ramai orang. Saya dan isteri buat sama2. Tawaf, solat sunat tawaf di belakang makam Ibrahim berdoa, minum air zam2 Saie, bergunting maka selesailah umrah pertama kami. Kami balik ke Hotel untuk tidur.
Setelah 8 hari di Madinah kami bertolak ke Mekah. Kami bertolak selepas Isya'. Selepas ziarah dan mengucapkan salam selamat tinggal pada baginda Nabi Muhammad S.A.W. Kami berhenti Biir Ali untuk menukar pakain Ihram dan berniat ihram. Dari masjid di Biir Ali mulalah kami bertalbiah menuju ke Mekah.