Friday, August 12, 2011

Mak Mertua, adik dan kakak ipar pergi umrah




Pada Khamis 11 Ogos 2011 saya bercuti kerana menghantar Mak mertua, adik dan kakak ipar pergi umrah. Kami sekeluarga menghantar di KLIA.

Friday, August 5, 2011

Hari jualan sekolah



Esok hari jualan anakku di sekolah malam tu sibuk nak beli ais cream kon bekas balik rumah tidur pukul 2 pagi dia kejut minta tolong ikatkan ais cream malaysia dia buat sirap bandung boleh tahan juga dia minat niaga........

Kenduri kahwin di UIA sebelah PPUM PJ



Kawanku mengkahwinkan anaknya, lepas tu singgah solat di masjid .. canggih temopat wudhu'nya. Lepas tu terus balik ke kampung Muar ...... kebetulan malam tu malam nisfu Syaaban surau , masjid semua buat bacaan yasin 3 kali...

Anakku demam semput



Anakku demam & semput terpaksa masuk gas

Banner ceramah



Kami telah mengadakan ceramah Isra' & Mikraj pada 2/7/2011.

Ayahku masuk wad


Pada 2/8/2011 ayahku terpaksa dimasukkan ke wad kerana sesak nafas. Tengahari 3/8/2011 pergi menziarahinya...... nampak lemah sangat susah nak bernafas macam tersangkut2...... ayah mintaku kopekkan limau..... sayu rasanye....

Teringat kecil2 dulu kalau ada kerja pertukangan ayahkulah yang buat pisau, kapak gitar macam2 buat dari kayu..Ayahku memang pandai membuat kerja2 pertukangan setakat layang2, gasing, senapang semua ayah yang buat........

Paling tak dapatku lupa apabila dapat tawaran masuk ke U ayah menitiskan air mata kegembiraan.. Ibuku terpaksa menjual barang kemasnya untuk membayar yuran pengajianku.. Alhamdulillah semester 2 dapat pinjaman.......

Kalau boleh tak nak menyusahkan mereka...... Pada 1/8/2011 singgah rumah selepas menghantar 2 anakku ke asrama .... kenapa tak singgah ibu bertanya rindu katanya pada cucu... tak sempat dah lewat hantar pun lepas solat terawih.........

Aku berdoa agar mereka sentiasa sihat dipenghujung usia..... maafkan anakmu sekiranya ada perbuatan/percakapan yang mengecilkan hati.........

Tuesday, July 26, 2011