Alhamdulillah anak kedua saya Muhammad Iqbal telah tamat kelas tahfiznya selama 2 tahun di Hir' Jeram. Selama 2 tahun beliau telah dapat menghabiskan hafazannya sebanyak 3 kali. Majlis khatam Al Quran telah diadakan pada 23 Disember 2011.
Pada 10 Zulhijjah 1432H/6 Nov 2011 yang lalu pihak surau telah mengadakan ibadah qurban. Sebanyak 5 ekor lembu telah diqurbankan. Ini adalah qurban/aqiqah kariah Taman Semenyih Indah dan taman berdekatan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Sebahagian tulang telah dimasak sup untuk dimakan beramai2 selepas Solat Zohor.
Pada 17/10/2011 kira2 jam 10pm kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kematian kakak isteri saya yang tinggal di P.Pinang. Setelah berkemas kami sekeluarga bergegas ke P.Pinang kira2 jam 11pm .. Kami samapi kira2 jam 5am setelah berehat di beberapa R&R . Jenazah telah selamat dikebumikan pukul 12.00 setelah disembahyangkan di masjid berdekatan. Kami balik selepas tahlil malam tersebut kira2 kul 11pm dan sampai kul 4am...
Anak buah .... anak kedua kakak pergi ke Mesir untuk sambung belajar ... Anak pertama dah ada di sana.. Kami sekeluarga pun turut pergi menghantar ke KLIA.