Friday, October 4, 2013
Umrah Ramadhan Hari 6
Hari ke 6 kami membuat ziarah ke Tempat Bersejarah Di Sekitar Kota Makkah: Jabal Nur, Jabal Shur, Arafah, Muzdalifah, Mina, Jamrah Dan Akhir Sekali Ke Masjid Ja’ranah Untuk Berniat Umrah. Saya telah menukar kain ihram di masjid Ja'ranah. Isteri dan anak tak buat umrah.
Hari ini isteri dan anak ingin melaksanakan solat tarawih. Jadi selepas berbuka puasa saya pun balik segera ke hotel. Lepas makan mlm kami pun bergerak ke masjid. Samapi di masjid ... masjid telah penuh .. isteri dan anak solat di dataran sementara saya solat di tingkat 2 yang x berbumbung. Walaupun mlm tapi hawa di masih panas. Alhamdulillah banyak tong air zam-zam diantara saf .. bolehlah menghilangkan dahaga selepas setiap rakaat solat.
Umrah Ramadhan Hari 4 (Mekah) & 5
Bersedia untuk solat zohor di dataran selepas mengerjakan tawaf sunat.
Mengambil gambar dari tingkat 2.
Waktu solat di Mekah.
Kami telah sampai ke Mekah pada sebelah petang. Ustaz yang membawa kami telah memaklumkan bahawa unrah yang pertama akan dibuat semasa solat tarawih. Alhamdulillah kami telah ditempatkan di dalam 1 bilik tidak seperti di Madinah asing-asing. Kami berbuka , solat maqhrib dan Isya di Hotel sahaja. Solat Isya di Mekah telah dilewatkan kira2 2 jam selepas solat maqhrib.
Selepas solat isya' kami bergerak ke masjid beramai-ramai sambil bertalbiah. Hotel penginapan kami kira2 1 1/2 kilometer. Separuh perjalanan menaiki van dan separuh lagi berjalan kakai. Oleh kerana orang terlalu ramai kami berpecah. Masing-masing buat sendiri. Saya isteri dan anak buat sekali. Anak saya Alhamdulillah masa tawaf ok, masuk saei dah mula mengantuk.
Selepas selepas kami pun balik. Kami bertiga telah tersesat tak jumpa tempat nak naik bas. Anak pula telah tidur terpaksa di dokong. Setelah puas menelefon Alhamdulillah datang petugas menunjukkan jalan ke tempat bas. Rasanya malam tu kami tak dapat tidur kerana dah lewat pukul 2.30 dah nak kena makan sahur kerana 3.15 sejam awal dah kena bergerak ke masjid untuk solat subuh.
Hari ke 5 kami berehat dan hanya pergi solat waktu sahaja. Oleh kerana saya datang awal sebelum solat zohor, saya telah melakukan tawaf sunat dan solat zohor di dataran dan buat sekali lagi selepas asar. Saya berbuka di masjid hingga tarawih baru balik. Sampai di hotel baru makan mlm. Adalah sedikit yang tinggal.
Motorsikal Bomba berhampiran dengan tempat menunggu bas.
Umrah Ramadhan Hari 4
Kami telah sampai ke Mekah pada sebelah petang. Ustaz yang membawa kami telah memaklumkan bahawa unrah yang pertama akan dibuat semasa solat tarawih. Alhamdulillah kami telah ditempatkan di dalam 1 bilik tidak seperti di Madinah asing-asing. Kami berbuka , solat maqhrib dan Isya di Hotel sahaja. Solat Isya di Mekah telah dilewatkan kira2 2 jam selepas solat maqhrib.
Selepas solat isya' kami bergerak ke masjid beramai-ramai sambil bertalbiah. Hotel penginapan kami kira2 1 1/2 kilometer. Separuh perjalanan menaiki van dan separuh lagi berjalan kakai. Oleh kerana orang terlalu ramai kami berpecah. Masing-masing buat sendiri. Saya isteri dan anak buat sekali. Anak saya Alhamdulillah masa tawaf ok, masuk saei dah mula mengantuk.
Selepas selepas kami pun balik. Kami bertiga telah tersesat tak jumpa tempat nak naik bas. Anak pula telah tidur terpaksa di dokong. Setelah puas menelefon Alhamdulillah datang petugas menunjukkan jalan ke tempat bas. Rasanya malam tu kami tak dapat tidur kerana dah lewat pukul 2.30 dah nak kena makan sahur kerana 3.15 sejam awal dah kena bergerak ke masjid untuk solat subuh.
Umrah Ramadhan Hari 3
Pada Hari ketiga di Madinah, kami perziarah luar. Tempat pertama yang kami lawati ialah Masjid Quba. Masjid Quba merupakan Masjid yang pertma di bina oleh Rasulullah S.A.W semasa berhijrah ke Madinah.
Semasa hayatnya,Nabi Muhammad S.A.W kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a
"sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah berkunjung ke Masjid Quba dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki. "
Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w menziarahi Masjid Quba pada setiap hari sabtu dengan menaiki tunggangannya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w lagi:
"sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya,ganjaran pahalanya samalah dengan pahala orang-orang yang mengerjakan ibadah Umrah"
Selepas itu kami singgah di ladang kurma. Bermacam-macam kurma yang dijual termasuk coklat dll.
Selepas membeli belah kami terus ke Jabal Uhud tempat berlakunya peperangan Uhud.
Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di syurga. Bukit Uhud atau Jabal Uhud (جبل أحد) adalah sebuah bukit di utara Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter. Bukit ini adalah lokasi pertempuran kedua antara Muslim dan pasukan musyrik Mekah. Pertempuran Uhud terjadi pada 23 Mac 625 Masehi, di tempat yang sekarang di barat laut Arab Saudi.
Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah Bukit Uhud. Nabi S.A.W. bersabda; Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga. (H.R. Bukhari)
Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah bersabda:

"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sebuah riwayat juga menceritakan, Rasulullah S.A.W. pernah menaiki puncak Uhud bersama Sayyidina Abu Bakar R.A., Sayyidina Umar Al-Faruq R.A. dan Sayyidina Usman bin Affan R.A. Setelah keempatnya berada di puncak, terasa Gunung Uhud bergegar. Rasulullah kemudiannya menghentakkan kakinya dan bersabda,“Tenanglah kamu Uhud. Di atasmu sekarang adalah Rasulullah dan orang yang selalu membenarkannya dan dua orang yang akan mati syahid.” Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kecintaan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.
Berbuka pada hari ke 3 baru saja sampai ke dataran, seorang budak mengajak berbuka di tempatnya terus saya ikutnya masuk dan duduk ditempat yang disediakan. Alhamdulillah pemurah sungguh mereka.
Berbuka pada hari ke 3 baru saja sampai ke dataran, seorang budak mengajak berbuka di tempatnya terus saya ikutnya masuk dan duduk ditempat yang disediakan. Alhamdulillah pemurah sungguh mereka.
Thursday, October 3, 2013
Umrah Ramadhan Hari 2
Kami pergi Umrah mengikut Gemilang Travel. Rombongan kami hanya 19 orang sahaja kerana menurut ustaz yang mengetuai rombongan kami hanya 20 visa yang lulus dan sorang tarik diri. Penerbangan kami pada pukul 3.25 petang. Kami solat jamak dan qasar di KLIA. Penerbangan mengambil masa 8 jam dan kami sampai pukul 11.25 mlm waktu Malaysia dan 6.25 pm waktu Saudi (tolak 5 jam). Kami berpuasa lebih panjang kerana campur 5 jam. Anak bongsu (6 tahun) kami terpaksa berbuka puasa ikut waktu M'sia x tahan.
Kami sampai ke Jeddah dan terus ke Imigrasen kemudian naik bas pergi ke Madinah. Kami berhenti di sebuah masjid untuk solat Maqhrib dan Isya'. Kami sampai ke Hotel berhampiran masjid Nabawi. Selepas Subuh kami mengadakan ziarah dalaman iaitu ziarah Makam Rasulullah S.A.W, Abu Bakar dan Umar.
Berbuka di masjid Nabawi sungguh mengujakan. Selepas asar mereka dah mula membentangkan alas untuk meletakkan makanan untuk berbuka ada kurma, roti, yogurt makan campur denagn minyak zaitun dan cuka, ada biji gajus. Duduk je di mana-mana. Kelihatan juga ramai yang berbuka di luar masjid. Kalau di dalam masjid hanya itu juadahnya tapi di luar masjid saya lihat nasi briani pun ada tapi saya selalu berbuka di dalam masjid supaya dapat solat maqhrib di dalam masjid.
Wednesday, October 2, 2013
Umrah Ramadhan Hari 1
Alhamdulillah saya, isteri dan anak bungsu telah diizinkan oleh Allah S.W.T untuk mengerjalan Umrah pada bulan Ramadhan yang lepas. Kami bertolak pada hari Sabtu 20/7/2013 bersamaan 11 Ramadhan 1343H dan balik pada 30/7/2013 sampai kul lebih kurang 11 pagi 31/7. Pada mulanya jadual kami 16/7 hingga 26/7 tetapi kerana masalah visa jadual telah ditunda. Dengar sahaja visa x dapat sedih rasanya. Hari2 solat hajat agar dapat visa.
Kami telah dihantar oleh adik ipar En. Shahrul yang tinggal berdekatan dengan rumah kami. Mereka tinggal di Kesuma. Banyak hikmahnya jadual ditunda yang saya dapat lihat.
1) Kebetulan pada 20/7 adalah hari temuduga anak bungsu saya untuk masuk ke darjah 1- Jadi pagi tersebut kami pergi temuduga lepas tu baru pergi KLIA.
2) Penerbangan hari Sabtu senang adik ipar boleh hantar - cuti
3) Dapat berada dan mengalami suasana 10 malam terakhir iaitu malam 21/7 - akan ditulis dalam penulisan akan datang.
Emak, Abang, kakak serta keluarga masing2 datang ke KLIA untuk menghantar kami.

Sunday, June 16, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)