Bergambar sekeluarga di pagi raya di rumah emak Klang.
Friday, November 15, 2013
Thursday, November 14, 2013
Pertemuan dengan Ex UTm
Pada 10/11/2013, berlangsung perhimpunan tahunan Ikram di UPM, sempat bertemu dengan kawan2 dan pensyarah UTM.
Friday, October 4, 2013
Umrah Ramadhan Hari 11
Kami melaksanakan tawaf wida' lebih kurang pada pukul 11.00 pagi kerana menurut mutawif paling awal kena siap tawaf 2 jam sebelum berangkat. Bas telah berangkat pd pukul 1.30pm. Kami singgah di masjid terapung di Jeddah untuk menunaikan solat Asar.
Selepas solat kami terus ke imigrasen. Ambil troly kalau tolak sendiri kena bayar 3 rial.
Berehat sementara menunggu beg diuruskan oleh mutawif.
Kami masuk ke balai berlepas sebelum maqhrib.
Umrah Ramadhan Hari 10
Pada hari kesepuluh saya pergi seorang diri ke Tanaim untuk niat Umrah. Mutawif telah memaklumkan kepada sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah boleh mendaftarkan diri. Oleh kerana saya seorang sahaja yang berdaftar maka saya pergi seorang. Pekerja Gemilang telah mencarikan teksi, harga pergi dan balik 50 rial. Bayar selepas sampai di Hotel. Saya tidak terus ke masjid kerana pagi tu ada penerangan tentang tawaf wida' yang akan dibuat esok.
Malam tu adalah malam ke 21, maka bermulalah 10 malam terakhir. Malam tu kami tidur di masjid untuk qiamullail. Selepas tarawih rehat. Selepas tarawih tidak dibuat solat witir kerana malam tu ada solat tahajjud. Ada yang agih-agihkan moreh. lepas tu tidur. Dalam pukul 1.00 terbangun bila pengumuman di buat untuk solat jenazah.
Lepas tu solat tahajjud 10 rakaat 2 rakat 1 salam. Habis solat tahajjud dan witir keluar cari kebab untuk sahur. Kami tak balik ke hotel untuk sahur kerana faktor masa nak ulang alik. Lepas subuh baru balik hotel.
Umrah Ramadhan Hari 9
Ini hidangan untuk berbuka puasa di masjidil haram. Qurma, air zam-zam dan air teh.
Sempat mengambil gambar di dataran luar masjidil haram.
Laluan perjalanan kami ke masjid melalui kawasan "construction".
Ada yang berbuka puasa di luar bangunan di laluan kami ke masjid.
Umrah Ramadhan Hari 8
Hari ini kami melawat ke ladang unta. Kami membeli 1 botol susu unta berharga 5 rial dan pengembala memberi percuma 1 botol lagi yang tidak habis terjual sebab kami tak ramai hanya 19 orang.
Menunggu untuk membeli susu unta.
Selapas itu kami singgah di masjid di Hudaibiah untuk niat umrah. Ini adalah tempat berlakunya perjanjian Hudaibaiah antara umat Islam dengan Kafir Quraish. Kawasan sekitar adalah subur berkat air yang keluar dari jari Nabi Muhammad S.A.W bagi sahabat mengambil wudu'
Selepas singgah di pasar buah.Bermacam- macam buah ada delima anggur epal dll. Kami turut membeli buah delima yang bewarna hijau 9dari yaman rasanya) tapi lebih manis dari yang bewarna oren.
Umrah Ramadhan Hari 7
Hari ke 7 ialah hari Jumaat .. Saya pergi awal ke masjid bagi mengelakkan tidak dapat tempat. Sekitar 10.30 pagi dah sampai ke masjid.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















