Tuesday, July 20, 2010









Hari Ketiga

Hari ini kami plan nak pergi ke Ekspo Shanghai di mana semua negara involve membuat pameran termasuk Malaysia. Kami bertolak awal pagi tu pukul 9.00 pagi lepas sarapan. Saya sarapan kat Hotel makan buh je lain tak lalu.

Kami pergi naik MRT bawah tanah sampai ke tapak ekspo nak masuk macam di lapangan terbang siap ada mesin scan. botol air pun tak boleh bawa. Punylah besar kawasan orang pun ramai beratur nak masuk satu-satu pameran makan masa 1 jam lebih tengahari kami makan cari kedai muslim alhamdulillah ada. Jam dah pukul 2.00 pm tanya tuan kedai ada tempat solat tak katanya tak ada ahh sudah masalah ni. di situ ada tempat pertanyaan tanya diorang pun tak ada saya ada tempat berehat minta izin nak solat, baik diorang bagi satu bilik untuk solat dia tanya berapa lama 10 minit je. ok wudhu' ambik kat sinki toilet kompas pun memang sentiasa bawa sejadah surat khabat buat lapik semua ada. Lega dah solat makan. lepas makan kita pergi lain-lain pameran hingga malam.

Di ekspo tu sempat naik feri menyeberang sungai kerana ekspo tu merangkumi sungai tersebut. Dah penat balik ke hotel singgah ke kedai makan berdekatan dengan hotel sempat bergambar dengan pekedai yang sorang tu dah naik haji sayang tak tahu berbahasa Cina kalu tak boleh gak borak2. Masa teringat waktu solat saja nak tahu sama ada masa yang saya dapat di internet sama ke tidak. Saya suruh kontraktor tu tanya waktu solat subuh masuk pukul berapa dia kata dalam pukul 4 lebih sikit. Lainlah sikit kalau ikut internet 3.30 dah masuk dah..Lepas makan balik hotel. Mandi solat tidur... Penat sungguh ni banyak berjalan di ekspo.....kawasan sangat luas.......

Cantik kereta diorang guna di ekspo guna bateri......

Tuesday, July 13, 2010

Kedai Makan Islam di China



Kedai makan Islam



Bersama seorang pekerja kedai makan



Melihat keindahan bangunan di tepi Sungai di waktu malam



Restoran Islam - dalam kedai gantung ayat seribu dinar



Restoran Islam - Luar kedai

Hari Kedua - Selasa

Bangun Solat Subuh lepas tu sarapan, roti dengan kaya, saya ada bawa roti Gardinea, check out dari Hotel pukul 10 pagi. Naik MPV pergi ke Shanghai 3/4 jam lagi. Sampai di Hotel dalam kul 2.00 petang. Solat lepas tu pergi makan tengahari. Jalan kaki cari kedai muslim. Lepas makan kami berjalan2 melihat komples berdekatan yang menjual barangan elaktrik sampai maghrib.

Lepas tu naik teksi pergi kedai makan untuk makan malam. Sempat ambik gambar dengan seorang pekerja lupa nak tanya nama. Lepas makan kami naik motor roda 3 pergi ke melihat pemandangan di tepi sungai yang cantik dengan bangunan yang bermandikan cahaya. Juga ada feri yang bergerak perlahan di sungai tersebut.

Lepas penat dan ambil gambar hari pun dah lewat malam kami mancari bas/teksi untuk balik payah dapat sebab ramai orang . Last-last naik MPV sapu balik hotel. Lepas solat tidur.

Tuesday, June 22, 2010

Lawatan ke China



Hari Pertama

Kami naik k/terbang 1.40 am 14/6/2010. Kami telah berkumpul di KLIA 11.30 pm 13/6/2010. Saya tak dapat tidur kerana takut terlepas waktu subuh. Ambik wudhu' siap-siap di KLIA tapi tak tahan terpaksa ambik semula dalam k/terbang. Solat sambil duduk. Memang telah prepare kompas bawa dalam k/terbang. Sampai dalam pukul 7.00 pagi. Lepas ambik beg naik MPV yg disediakan oleh pihak kilang di China. Perjalanan ke Hotel di Liyang City mengambil masa 3/4 jam. Banyak kali berhenti sbb ada yang perut meragam. Sampai ke Hotel rasanya dalam pukul 2.00 ptg. Terus Solat jama' Zohor&Asar. Lepas tu berkumpul dan naik MPV untuk lawatan ke kilang Transformer hingga petang. Lepas makan malam balik ke Hotel untuk berehat, Solat jama' Maghrib&Isya' dan terus tidur.

Sunday, June 20, 2010

Lawatan ke China



Persediaan

Saya telah ke China untuk lawatan ke kilang transformer di Jiangsu, China lebih kurang 3/4 jam perjalanan dengan kereta dari Lapangan Terbang Shanghai. Sebelum pergi saya buat sedikit persediaan

- Kompas kiblat beli kat pasar keramat Rm10.00 je
- Waktu Solat cari di internet
- Sejadah ada kat rumah bawa yg nipis je
- Suhu tengok panas je tak payah beli baju sejuk
- beg guna je yg ada kat rumah beg Utas masa pergi Umrah ok gak

Tuesday, April 13, 2010

Sukan Al Amin KL



Bersama-sama dengan ADUN Ulu Klang - YB Shaari Sungib (Abu Urwah)





Anak ketiga kami Nu'man di hari sukan sekolah Al Amin Kl

Sukan sekolah telah diadakan pada . Pada hari saya kerja jadi tak dapatlah tengok. Lepas ambik wah sibuk cerita menag pingat emas lari 4 x 100m. Boleh tahan juga anak abah sorang ni. Pantang cuti Sabtu Ahad mesti nak main bola kalau ada hal tak duduk rumah balik kampung ke apalagi merajuklah.

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Islam Hira' Jeram



Gambar anak sulung kami, Fatin menerima anugerah Hafizah 30 juz daripada penasihat sekolah Ustaz Muhaimin b. Mohd Sahar

Pada hari Ahad 11/4/2010 telah diadakan majlis anugerah kecemerlangan sekolah anak. Alhamdulillah anak yang sulung dengan izin Allah telah dapat menghabiskan hafazan 30 juz Al Quran selama 2 tahun 2008 & 2009. Kini 2 orang anak kami berada di sekolah tersebut. Anak yang sulung telah tamat hafazan kini masuk ke tingkatan 2 untuk meneruskan pelajaran bagi bidang akademik.

Anak yang kedua kami, Muhammad Iqbal baru masuk tahun 1 Maahad. Alhamdulillah kini telah masuk juz yang ke 5. Pada mulanya susah juga hari-hari telefon nak balik tak nak sekolah situ nak pindah. Ingat mula-mula lepas seminggu masuk asrama kata nak balik sebab semua kawan balik. Sampai rumah nangis-nangis tak nak sekolah situ nak pindah. Alhamdulillah selepas dipujuk ok pergi ke asrama balik. Lepas sebulan dah jarang telefon dah serasi nampaknya. Ustaz kata pun ok bacaan lancar, rajin lega hati.

Friday, March 26, 2010

Bergambar di Hari Raya





Saya adalah merupakan anak yang tengah dari 5 orang adik beradik.. semua saya ada abang kakak adik lelaki adik perempuan.. bila hari raya kami berkumpul sekeluarga ikut giliran tahun ini semua beraya di kampung mak tahun depan semua beraya di kampung mertua..

Pagi selepas balik solat hari raya kami berkumpul untuk bermaaf maafan antara kami semua terutama pada mak dan ayah.

Oleh kerana emak dan ayah semakin uzur kami bergilir gilir untuk membantu melayan tetamu maklumlah anak buahnya ramai..anak yang bertugas hari raya pertama ada yang kedua

Kami juga mengadakan usrah keluarga perjumpaan 3 bulan sekali ikut giliran sapa jadi tuan rumah.. kami juga adakan hari keluarga ada permainan, ada pertandingan melukis dll.. Kami buat kutipan untuk duit tabung .. macam macam boleh buat mana anak-anak yang cemerlang kita bagi hadiah ........sekali tu kami buat di PD

........