Monday, April 11, 2011

Majlis Kenduri Aqiqah




Pada 10 April lalu adik ipar mengadakan majlis kenduri aqiqah di rumahnya di Muar. Majlis dibuat di masjid yang teletak berhampiran. Beliau merupakan imam masjid tersebut ramai yang dijemput siap ada persembahan nasyid dari sekolah tahfiz dari Parit Raja.

Tuesday, March 29, 2011

Rama-rama



Satu hari nampak seekor rama-rama yang cantik di halaman rumah.

Ceramah di masjid wilayah jalan duta






Pada 23 Mac 2011 saya pergi ke Hentian Duta ada kerja, sebelum tu singgah solat di masjid wilayah jalan duta ada ceramah tetang solat khusyu', makna bacaan dalam solat. Menarik

Monday, March 28, 2011

Kursus Motivasi





Pada 20 Mac 2011 Surau Ar Rahman telah mengadakan kursus motivasi. Seramai 20 anak-anak penduduk Taman Semenyih Indah telah mengambil bahagian. 3 slot telah diadakan dan dikendalikan oleh AJK surau. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Wednesday, March 16, 2011

Ibu, Bapa dan Abang pergi Umrah











Pada 16 Mac 2011 kami sekeluarga menghantar ibu bapa dan Abang di KLIA untuk melaksanakan ibadah Umrah. Saya konvoi dengan adik dari Tasek Kesuma. Kami berkumpul di masjid KLIA. Lepas solat kami makan bersama-sama.

Lepas makan kami terus pergi ke KLIA balai berlepas. Penerbangan telah ditunda dari kul 7pmm ke 10.00 pm. Saya terpaksa beredar kerana hantar anak balik asrama di Jeram.

Monday, March 14, 2011

Usrah Keluarga di rumah Abang






Pada 11 Mac 2011 saya cuti sebab nak ambil anak dari asrama, lepas hantar anak ke sekolah pergi sarapan bersama isteri dan anak bongsu di Serdang. Lepas tu hantar anak ke taska, menangis pulah tak nak terpaksa bawa berjalan. bayar cukai pintu di MPKj dan buat road tax baru di JPJ BBB lepas siap nak pergi solat jumaat tengok anak dah tidur terus hantar ke taska.

Lepas tu gi Solat Jumaat di Saujana Impian dan terus ke Jeram ambik anak, balik singgah ambik anak di sekolah dan balik rumah.

Esok balik kampung kerana ada usrah keluarga sebelum tu hantar balik anak ke Jeram sebab ada program. Singgah ke KPJ Shah Alam ziarah adik ipar bersalin. Lepas tu pergi kenduri kahwin di Gombak dan Olak Lempit.

Balik rumah penat baru nak rehat anak dah ajak main gelungsur.