Monday, October 29, 2012

Ibadah Qurban di Surau Taman Semenyih Indah 1433H

Alhamdulillah tahun sebanyak 7 ekor lembu telah diqurbankan sempena Hari Raya Aidil Adha 1433H. Tapi yang suspennya lembu tak sampai pada malam raya seperti selalu. Pagi sebelum solat raya pun lembu belum sampai. Lepas solat baru sampai ... itu pun hanya 2 ekor.. siap lebih kurang kul 11.00 pagi..... Lepas Jumaat saya dan timbalan pengerusi surau En Rahman terpaksa pergi ke ladang lembu di Teras Jernang... Sampai sana pekerja2 sedang menaikkan lembu tapi untuk Wangsa Malawati........ Lepas siap baru dinaikkan lembu untuk taman kami....... Sampai kul 4 petang ........ Semasa menurunkan lembu ... seekor pulak terlepas lari .... habis satu taman dia lari ........ Alhamdulillah dapat ditangkap ..... Lepas Solat Asar baru penyembelihan dibuat ... Lembu yang lari disembelih dulu tapi lambat matinya lepas 2 ekor dilapah baru dia mati...... Pengagihan daging dilaksanakan semasa azan Maghrib berkumandang ........... Malam lepas isya' makan sup tulang ...........

Friday, June 29, 2012

Anak saudara isteri kahwin di Tangkak.

Dinner AJK PIBG sesi 2011-2012

Sesi dinner AJK PIBG Sek Ren Islam Al Amin. Makan nasi Arablah

Gotong Royong Kelab Kelas

Ibu Bapa sedang bergotong royong membaikpulih meja di Kelas 6 Umar Sekolah Rendah Islam Al Amin, KL

Amal Islami

Pada 24 Jun 2012 yang lalu Surau Ar Rahman telah menganjurkan program Amal Islami. Alhamdulillah seramai lebih kurang 60 anak-anak Kariah telah mendaftar. Beberapa acara telah diadakan iaitu mewarna, azan, hafazan & makna, bercerita dan tilawah. Pihak surau telah memberi cenderehati dan sijil kepada setiap penyertaan dan juga hadiah kepada para pemenang. Acara telah bermula pukul 8.30 dan telah berakhir sekitar 12.30 tengahari.

Thursday, March 22, 2012

Ceramah oleh Dr. Hj. Fadhilah Kamsah



Satu ceramah telah diadakan di UDA yang disampaikan oleh Dr. Hj. Mohd. Fadhilah Kamsah tentang perubahan.........