Monday, January 18, 2010

Gambar kenangan ketika umrah 2006



Umrah

Ana dan isteri tercinta telah pergi menunaikan ibadah umrah pada cuti sekolah bulan ape tak ingat dah Jun ke Ogos 2006. Kami tergerak untuk menunaikan umrah ketika menghadiri kursus haji. Isteri ana kata kita pergi umrah dulu nak? baru jelas apa yang ustaz terangkan. lagi pun tahun tu kami standby je.. tak confirm lagi dapat pergi haji.. rasa rindu pulak nak pergi lepas dengar ceramah haji..

Kami mengikuti ceramah haji di Masjid Raja Muda Musa Semenyih. Anjuran Gemilang ... agen Haji & umrah ...

Apa lagi kami pun carilah mana-mana poster tepi jalan.. telefon ok ada kosong.. kebetulan ustaza tu duduk area bangi.. dia pun datang rumah isi borang bayar deposit..lepas tu buat lah persiapan apa yang patut ambik gambar pergi klinik buat injection buat passport dll..

2 minggu tak ade berita..... lepas tu kita orang call boleh dia kata nama kami tak masuk . terkejut kami cuti dah lulus ..apa nak buat .. apa lagi kami pun pergi internet cari lain agen kot-kot ada kosong sebab tarikh pergi dah dekat ...... Alhamdulillah ada kekosongan ... Kami pun terus bawak semua dokumen dan duit terus pergi pejabat agen tersebut terus daftar dan bayar terkejut kakitangan yang mengendalikan ....eh semua dah ada gambar passport dll.. kami pun ceritalah ....

Itulah pengalaman kami ketika hendak menunaikan ibadah umrah.. Kat M'sia lagi telah diuji....

Itu dulu jumpa lain kali

Sunday, January 10, 2010

Gambar Haji 2006



Antara gambar-gambar kami ketika menunaikan ibadah Haji tahun 2006 bersama-sama dengan kawan sebilik. Dari kiri Hj. Fauzi, Hj. Rosli, Hj. Che Mat, penulis, Hj. Rahim & Hj. Sulaiman

Pengenalan

Assalamua`laikum,

Salam perkenalan kepada semua, blog ini dibina adalah sebagai medan perkongsian maklumat yang bermanfaat kepada semua insya`Allah.