Wednesday, February 24, 2010

Menjejak Kaki Ke Bumi Mekah



Gambar berhampiran Gua Hira'

Setelah terbang selama 8 jam, kami pun tiba di lapangan terbang di Mekah. Kami bertolak dalam pukul 3 pm jadi sampai pukul 11 malam waktu Malaysia tolak 5 jam jadi 6 ptg. Kat Imigresen walaupun urusannya sedikit lambat tetapi alhamdulillah selesai terus kami naik bas yang disediakan oleh agen menuju ke hotel. Kami berhenti singgah di sebuah masjid untuk solat magrib dan Isya'. Kami tunggu di situ beberapa lama kerana menurut agen yang mengendalikan kami bas tak boleh masuk ke bandar Mekah kerana kesesakan orang yang baru keluar dari masjidil haram setelah solat Isya'.

Lepas beberapa lama kami pun bertaolak terus ke hotel berhampiran dengan masjid lebih kurang dalam 60 meter. Angkat beg masuk bilik, makan dan rehat agen kata ibadah umrah pertama akan dimulakan pukul 12 malam. Bagi peluang kami berehat setelah penat dalam perjalanan.

Pukul 12 mlm kami pun turun berkumpul di lobi dengan diketuai mutawwif kami pun bergerak menuju ke Masjidil Haram dengan bertalbiah bersama-sama hingga sampai. Kami pun masuk terus ke dataran kemudian membaca doa melihat ka'abah kami pun di bawa ke tempat permulaan di garisan Hajarul Aswad untuk memulakan Tawaf. Mula-mula bersama-sama semakin lama semakin terpisah, kami pun teruskan saja sehingga 7 pusingan.

Lepas tawaf kami pun mencari ruang di belakang makam Ibrahim lalu solat sunat tawaf, lepas tu terus minum air zam-zam .. Lepas tu terus ke kawasan sai'e bermula dengan Safa dan berakhir di Marwah sebanyak 7 perjalanan. Kami bermula di Bukit Safa dengan memandang ka'abah sambil berdoa.

Habis sai'e kami pun bergunting di Bukit Marwah. Lepas kami mengambil keputusan untuk menunggu sehingga masuk waktu Subuh. Jadi kami pun berehat di tangga dataran dengan memandang ka'abah kerana ia termasuk di dalam perbuatan yang mendatangkan rahmat daripada Allah S.W.T.

Selepas Solat Subuh baru kami pulang ke Hotel. Lepas bertukar pakaian kami pun sarapan di tempat yang telah disediakan. Makanan sama dengan di M'sia kadang-kadang Nasi lemak kadang-kadang nasi goreng, mee dll.

Hari tu kami berihat setelah penat buat Umrah pertama.. keluar hanya untuk Solat Fardhu ........... Saya duduk seramai 5 orang satu bilik.. bilik air diluar kongsi dengan bilik2 lain.

Gua Hira'



Gambar berhampiran Gua Hira'

Thursday, February 4, 2010






Gambar di KLIA tunggu kapal terbang

Alhamdulillah, semua persiapan untuk pergi Umrah telah siap... banyak keperluan kami beli kat Mydin ...... semua ada Kain Ihram, tali pinggang, telekung dll.. sebelum pergi pihak agen telah mengadakan kursus umrah .. kami pun pergi dengar .persiapan sebelum pergi..

Anak-anak kami tinggal kat Kampung rumah Tok dia kat Muar..memang masa tu kami pilih cuti sekolah so tak ada masalah... masa sebelum pergi teringat pergi Mekah dulu ke Madinah ni.. so kami pun telefon agen .. mula-mula dia kata Madinah sbb biasa dia kata Madinah tapi ana suruh dia check betul2 sbb kalau Mekah dulu kena pakai ihram kat Airport.. aleh2 dia check kata eh terus Mekah lah......Nasib baik tanya kalau tak kain ihram masuk kargo kan naya...

Ikut jadual penerbangan kami pagi tapi delay lepas zohor .. so kami solat dulu jama' zohor ngan asar di KLIA lepas tu pakai kain ihram.. kami naik Saudi Air.. luas siap ada tempat untuk Solat boleh berjemaah lagi .. kiblat tak ada masalah sebab setiap tempat duduk ada TV boleh tengok arah kiblat....