Tuesday, March 29, 2011

Rama-rama



Satu hari nampak seekor rama-rama yang cantik di halaman rumah.

Ceramah di masjid wilayah jalan duta






Pada 23 Mac 2011 saya pergi ke Hentian Duta ada kerja, sebelum tu singgah solat di masjid wilayah jalan duta ada ceramah tetang solat khusyu', makna bacaan dalam solat. Menarik

Monday, March 28, 2011

Kursus Motivasi





Pada 20 Mac 2011 Surau Ar Rahman telah mengadakan kursus motivasi. Seramai 20 anak-anak penduduk Taman Semenyih Indah telah mengambil bahagian. 3 slot telah diadakan dan dikendalikan oleh AJK surau. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Wednesday, March 16, 2011

Ibu, Bapa dan Abang pergi Umrah











Pada 16 Mac 2011 kami sekeluarga menghantar ibu bapa dan Abang di KLIA untuk melaksanakan ibadah Umrah. Saya konvoi dengan adik dari Tasek Kesuma. Kami berkumpul di masjid KLIA. Lepas solat kami makan bersama-sama.

Lepas makan kami terus pergi ke KLIA balai berlepas. Penerbangan telah ditunda dari kul 7pmm ke 10.00 pm. Saya terpaksa beredar kerana hantar anak balik asrama di Jeram.

Monday, March 14, 2011

Usrah Keluarga di rumah Abang






Pada 11 Mac 2011 saya cuti sebab nak ambil anak dari asrama, lepas hantar anak ke sekolah pergi sarapan bersama isteri dan anak bongsu di Serdang. Lepas tu hantar anak ke taska, menangis pulah tak nak terpaksa bawa berjalan. bayar cukai pintu di MPKj dan buat road tax baru di JPJ BBB lepas siap nak pergi solat jumaat tengok anak dah tidur terus hantar ke taska.

Lepas tu gi Solat Jumaat di Saujana Impian dan terus ke Jeram ambik anak, balik singgah ambik anak di sekolah dan balik rumah.

Esok balik kampung kerana ada usrah keluarga sebelum tu hantar balik anak ke Jeram sebab ada program. Singgah ke KPJ Shah Alam ziarah adik ipar bersalin. Lepas tu pergi kenduri kahwin di Gombak dan Olak Lempit.

Balik rumah penat baru nak rehat anak dah ajak main gelungsur.

Sunday, March 6, 2011

Motivasi Alihan Pelajar di Uitm



Singgah Solat Zohor di Masjid Subang Jaya



Pada 5/3/2011 Anak saya menghadiri kursus MAP di Uitm Seksyen 17 Sahah Alam anjuran PIBG sekolah Hira'. Pada pukul 5 - 6 pm ada sesi dengan ibu bapa. Selepas sukan di UIA sebelah pagi kami pun bertolak ke Shah Alam singgah solat zohor di Subang Jaya dan makan di Shah Alam. Lepas tu terus pergi ke Uitm solat di Pusat ISlam di dalam Uitm berhampiran dengan dewan kursus.

Antara yang menarik yang di sampaikan oleh Tengku Asmadi ialah bercakap/nasihatkan dengan anak semasa anak dah tidur dan menggunakan ayat yang positif contoh Aiman kamu kena jadi rajin, jaga solat dll jangan gunakan yang negatif jangan malas lagi.
lepas habis balik ke semenyih singgah di sebuah surau di belakang Giant selepas Saujana Impian lepas tu singgah di pasar malam berhampiran.

Sukan Jubli Perak 25 tahun di UIA






Pada 5 Mac 2011 Al Amin telah mengadakan sukan jubli perak sempena 25 tahun di UIA dimana 3 sekolaj telah bergabung Al Amin KL, Al Amin Gombak Rendah dan Menengah.

Tuesday, March 1, 2011

Taman Negara







Pada 25 hingga 27 Feb 2011 saya bersama kawan-kawan pergi ke Taman Negara. Pergi lihaperkampungan orang asli untuk melihat cara menghidupkan api dengan menggunakan rotan dan kayu merbau. menyumpit. Lepas tu ada pertandingan memasang rakit dan berakit melalui jeram. night walk dan jungle tracking

Outstation



Pada 25/2/2011 pergi outstation ke Ipoh. Dalam perjalanan balik singgih di Lembah Beringin untuk Solat Jumaat.