Tuesday, April 13, 2010

Sukan Al Amin KL



Bersama-sama dengan ADUN Ulu Klang - YB Shaari Sungib (Abu Urwah)





Anak ketiga kami Nu'man di hari sukan sekolah Al Amin Kl

Sukan sekolah telah diadakan pada . Pada hari saya kerja jadi tak dapatlah tengok. Lepas ambik wah sibuk cerita menag pingat emas lari 4 x 100m. Boleh tahan juga anak abah sorang ni. Pantang cuti Sabtu Ahad mesti nak main bola kalau ada hal tak duduk rumah balik kampung ke apalagi merajuklah.

Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Islam Hira' Jeram



Gambar anak sulung kami, Fatin menerima anugerah Hafizah 30 juz daripada penasihat sekolah Ustaz Muhaimin b. Mohd Sahar

Pada hari Ahad 11/4/2010 telah diadakan majlis anugerah kecemerlangan sekolah anak. Alhamdulillah anak yang sulung dengan izin Allah telah dapat menghabiskan hafazan 30 juz Al Quran selama 2 tahun 2008 & 2009. Kini 2 orang anak kami berada di sekolah tersebut. Anak yang sulung telah tamat hafazan kini masuk ke tingkatan 2 untuk meneruskan pelajaran bagi bidang akademik.

Anak yang kedua kami, Muhammad Iqbal baru masuk tahun 1 Maahad. Alhamdulillah kini telah masuk juz yang ke 5. Pada mulanya susah juga hari-hari telefon nak balik tak nak sekolah situ nak pindah. Ingat mula-mula lepas seminggu masuk asrama kata nak balik sebab semua kawan balik. Sampai rumah nangis-nangis tak nak sekolah situ nak pindah. Alhamdulillah selepas dipujuk ok pergi ke asrama balik. Lepas sebulan dah jarang telefon dah serasi nampaknya. Ustaz kata pun ok bacaan lancar, rajin lega hati.