Tuesday, June 28, 2011

Seorang ayah

Suasana di dalam komuter hari tu sgt aman, masing2 buat hal masng2 ada yang baca majalah, ada yang tidur, ada yang termenung dan sebagainya.

Tiba disuatu stesen naik seorang ayah dan 2 orang anaknya. Ayah tersebut terus naik berjalan duduk bersandar sambil memejamkan mata tanpa menghiraukan kedua anaknya.

Anak2nya mungkin 3 & 4 dengan gembiranya berlari, cuit orang sana cuit orang sini, panjat tiang, bergaduh dll. Orang2 lain dalam komuter merasa sangat sakit hati, bengang lebih2 lagi melihat ayah mereka yang selamba je pejam mata.

Tiba2 seorang lelaki bangun dan duduk disebelah ayah kepada budak2 tersebut, menepuk pahanya sambil berkata saudara anak2 saudar telah mengganggu ketenteraman kami. Ayah tersebut terus bangun sambil melihat anak2nya seperti mahu bangun tiba2 wajahnya berubah, sambil menekup tangannya ke muka sambil menangis.

Kenapa? Saudara dia kata minggu lepas emak kepada budak2 tu mengadu sakit kepala setelah di bawa ke hospital doktor kata dia ada ketumbuhan di dalam otak dan ditahan di wad. Anak2 tak boleh tengok. Anak2 kami yang aktif ini telah berubah menjadi muram.

Banyak kali saya merayu kepada doktor agar anak kami bolh jumpa emaknya. Doktor tak bagi semalam doktor benarkan untuk jumpa hari ini. Tu yang pagi2 lagi anak2 saya bangun awal gembira sekali nak jumpa emaknya. Tiba2 pagi tadi saya dapat call emaknya telah meninggal dunia. Tu saya bila naik komuter ni tak tahu nak buat apa........

Moral of the story ..... kita selalu berperasangka terhadap perkara yang kita tidak tahu...........

No comments:

Post a Comment