Tuesday, June 28, 2011

Wasiat

Ada seorang ahli perniagaan telah memberi wasiat kepada kedua anaknya tentang pengurusan perniagaan :-

1) Jangan menuntut hutang kepada orang yang berhutang.
2) Jangan terkena cahaya matahari ketika pergi dan balik dari kedai

Setelah bapanya meninggal mereka pun meneruskan kerja seperti biasa. Anak yang pertama(A) perniagaanya makin merudum sementara anak yang kedua(B) makin maju.

Satu hari emak mereka pun bertanya kepada A, beliau mengatakan ikut wasiat bapa jadi susahlah kerana tak boleh tuntut hutang. Yang kedua dia terpaksa naik teksi untuk pergi&balik kerja utk mengelakkan kena cahaya matahari itu yang perbelanjaan makin naik.

Emak mereka pun tanya B macam mana makin maju katanya ikut wasiat bapa, emak pun jadi hairan. Dian kata oleh kerana tak boleh tuntut hutang maka dia tak bagi pelanggan berhutang semua bayar tunai. Yang kedua di keluar kerja sebelum matahari terbit dan balik bila matahari dah tenggelam. Jadi pagi2 hanya kedai dia saja yang dah buka maka banyaklah pelanggan dan petang hanya kedai dia yang lambat tutup kerna yang lain telah tutup awal.

Bijak2

No comments:

Post a Comment