Semasa di hospital ayah telah kena serangan COPD. Menurut doktor serangan tersebut pada paru-paru dan telah menyebabkan oksigen kurang ke jantung dan menyebabkan jantung berhenti .......... lebih kurang 8 minit ..... masa tu adik dan kakak berada di sisi......... doktor berusaha untuk mengepam jantung Alhamdulillah berjaya..... Menurut doktor oleh kerana jantung telah berhenti selama 8 minit maka banyak organ tak dapat oksigen seperti otak dan buah pinggang. Minggu depan doktor akan periksa sama ada otak masih berfungsi atau tidak...... ayah sekarang berada di dalam keadaan pengsan/koma/tidur tak pasti........ Kami adik beradik menantu dan cucu bergilir2 menjaga ayah............ Ya Allah aku menyerahkan kepadaMu untuk menentukannya kerana kau Maha Mengetahui mana yang lebih baik bagi ayah dan kami....... apa hikmah yang kami dapat daripada peristiwa ini......... sebelum ini kami merancang untuk mengadakan iftar bersama pada 6/8/2011 iaitu sekali dlam bulan ramadhan tetapi Allah telah takdirkan kami berbuka puasa hampir setiap hari bersama di hospital Allahhuakbar.............. lepas buka solat maghrib isya' dan tarawih di surau lepas tu baru balik rumah...... Ada satu hari tu jumpa Azmil Mustapha sempat bagi salam sedang di tolak dengan kerusi roda oleh nurse........
No comments:
Post a Comment