Friday, August 5, 2011

Ayahku masuk wad


Pada 2/8/2011 ayahku terpaksa dimasukkan ke wad kerana sesak nafas. Tengahari 3/8/2011 pergi menziarahinya...... nampak lemah sangat susah nak bernafas macam tersangkut2...... ayah mintaku kopekkan limau..... sayu rasanye....

Teringat kecil2 dulu kalau ada kerja pertukangan ayahkulah yang buat pisau, kapak gitar macam2 buat dari kayu..Ayahku memang pandai membuat kerja2 pertukangan setakat layang2, gasing, senapang semua ayah yang buat........

Paling tak dapatku lupa apabila dapat tawaran masuk ke U ayah menitiskan air mata kegembiraan.. Ibuku terpaksa menjual barang kemasnya untuk membayar yuran pengajianku.. Alhamdulillah semester 2 dapat pinjaman.......

Kalau boleh tak nak menyusahkan mereka...... Pada 1/8/2011 singgah rumah selepas menghantar 2 anakku ke asrama .... kenapa tak singgah ibu bertanya rindu katanya pada cucu... tak sempat dah lewat hantar pun lepas solat terawih.........

Aku berdoa agar mereka sentiasa sihat dipenghujung usia..... maafkan anakmu sekiranya ada perbuatan/percakapan yang mengecilkan hati.........

No comments:

Post a Comment