Tuesday, March 23, 2010








Gambar isteri di Masjid Nabawi

Sepanjang duduk di Mekah pihak agen telah menguruskan beberapa siri lawatan ke sekitar Bumi Mekah. Kami telah di bawa ke Gua Hira', Gua Thur,Jabal Rahmah, Padang Arafah, Muzdalifah, Mina dll. biasanya kami akan pergi selepas sarapan pagi. Sarapan pagi sama je macam kat M'sia nasi lemak, mee hoon goreng dll. Masa pergi dulu ingatkan payah dapat makanan M'sia.

Kami akan balik sebelum Solat Zohor kerana menurut agen rugi kalau kita tinggalkan berjemaah di masjidil Haram. Biasanya kami akan singgah di Miqat untuk niat Umrah sama ada di Tana'im, Ja'ranah. Tak ingat dah berapa kali agen uruskan pergi lawatan dan buat umrah. Hari-hari lain kami pakat-pakat sewa van untuk ke Miqat dalam 12 orang. Van tak ada masalah banyak di hadapan hotel.Dengarnya sekarang kerajaan Arab Saudi nak bina Monorel. Kalau dah siap tak dapatlah kita tengok van2 tersebut.

Van akan hantar ke Miqat dan balik ke Masjidil Haram. Lepas tu kita berpecah buat tawaf, saie dan bercukur. Saya dan isteri buat bersama-sama. Setiap hari kami akan buat Umrah. Lepas tawaf kami solat di belakang makam Ibrahim kalau ramai orang terpaksa jauh sedikit tapi kadang-kadang kami lihat orang solat je di belakang makan Ibrahim hingga mengganggu orang tawaf. Lepas Solat berdoa lepas tu minum air zam-zam sebelum terus ke Bukit Safa untuk memulakan ibadah Saie.

Bagi yang berkerusi roda telah disediakan laluan bagi memudahkan ibadah saie. Jauh juga saie tu sekarang senang ada bumbung ada aircond lagi kalau dulu masa Siti Hajar & Nabi Ismail tentu amat panas. Masa kami pergi ni pun musim panas terasa bahangnya.

Habis Saie kami bergunting. Lepas tu kami solat Dhuha dan berehat sebentar hilangkan penat. masa tulah kita lihat pekerja2 pencucian mencuci lantai masjid. Lepas tu kami balik ke Hotel untuk berehat menunggu masuk waktu zohor.....

Lepas Solat Zohor kami balik ke Hotel untuk makan tengahari di lobi hotel ada kerusi tapi kerana tak tahan panas kami balik ke bilik makan di dalam bilik sebab bilik ada aircond...Agen menasihatkan kami agar tidak membuat tawaf sunat waktu siang kerana panas..jadi kami pun duduk dalam bilik je..

Lepas asar biasanya kami pusing-pusing kawasan sekitar masjid dan hotel untuk lihat2 kedai jual macam2 jubah, tudung kopiah tasbih dll.

Biasanya kami pergi Solat Magrib dan iktikaf di masjid hingga Solat Isya'. kalau nak buang air cari je toilet di sekitar masjid.. Lepas Solat Isya' kami balik ke Hotel untuk makan malam.......dan tidur.....

No comments:

Post a Comment