Thursday, March 25, 2010

Tawaf Wida'

Kini sampailah masa untuk meninggalkan Mekah untuk ke Madinah. Selepas Solat Zohor kami pun melaksanakan tawaf Wida' (selamat tinggal). Kami menaiki bas yang mengambil masa 6 jam.. Jalan cantik lurus tapi bas bergerak perlahan. Tengok jam dah masuk waktu asar tapi bas tak berhenti risau kami nampak banyak tapi bas tak berhenti

Jadi kami pun mintaklah yang duduk depan agar bagitau pemandu, lega kami dapat berhenti untuk solat asar.

Kemudian bas berhenti lagi untuk solat maqrib. Kami pun solat jama'. Kami tiba ke bandar madinah dan apa yang kami lihat menara masjid nabawi tinggi besar. Terus kami pergi ke hotel untuk dengar taklimat.

Pagi esok selepas solat subuh, sarapan dan lepas tu kami di bawa ke masjid untuk ziarah dalaman. kami diberi penerangan serba sedikit tentang sejarah, tentang perkuburan Baqi' disebelah masjid. Kami juga diberi penerangan tentang raudhah iaitu kawasan asal masjid Nabawi di mana banyak kelebihannya solat disitu. Karpet yang terdapat dikawasan itu berbeza dengan karpet bahagian lain masjid yang telah dibesarkan.

Kami telah dibawa memasuki masjid melalui Babus Salam terus beratur untuk mengucapkan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa. Seterusnya masing-masing kami mencari ruang untuk memasuki kawasan raudhah. Terpaksalah bersabar tunggu orang habis solat baru boleh solat..Satu peringatan kalau nak berdoa lama sikit buat dalam sujud terakhir jangan lepas solat nanti diaorang suruh kita cepat beredar lepas solat..

.......

No comments:

Post a Comment