Thursday, March 25, 2010

Jualan selepas subuh

Suasana beribadah di Mekah amat memotivasikan kita untuk turut serta.. Di Makah azan Subuh akan berkumandang 2x sekali sejam sebelum subuh dan sekali lagi bila masuk waktu subuh. Biasanya azan yang pertama lagi umat Islam telah berduyun-duyun untuk ke masjid. Ada yang terus buat tawaf sunat kerana di masjidil haram yang di sunatkan bila masuk masjid ialah melakukan tawaf sunat berbeza masjid di tempat lain yang disunatkan ialah solat tahiyyatul masjid.

Kami biasanya tidak buat tawaf sunat kerana nak simpan tenaga untuk buat umrah sunat selepas subuh.

Suasana keluar dari masjid cukup meriah kerana disepanjang jalan terdapat jualan macam-macam jubah tudung telekung makanan untuk sarapan dll. Tapi awas kerana pihak penguatkuasa akan menghalau mereka . Ada sekali tu nampak orang jual jubah murah 2 helai 15 rial lebih kurang RM15 kat sana masa tu 1 rial RM1 apa lagi ambik lah 2 helai belum pun sempat bayar tengok2 penjual dah lari kerana dikejar penguatkuasa. terpaksa tunggu dah reda baru penjual datang balik terus bayar dan balik hotel.

.........

No comments:

Post a Comment