Wednesday, October 2, 2013

Umrah Ramadhan Hari 1

Alhamdulillah saya, isteri dan anak bungsu telah diizinkan oleh Allah S.W.T untuk mengerjalan Umrah pada bulan Ramadhan yang lepas. Kami bertolak pada hari Sabtu 20/7/2013 bersamaan 11 Ramadhan 1343H dan balik pada 30/7/2013 sampai kul lebih kurang 11 pagi 31/7. Pada mulanya jadual kami 16/7 hingga 26/7 tetapi kerana masalah visa jadual telah ditunda. Dengar sahaja visa x dapat sedih rasanya. Hari2 solat hajat agar dapat visa.

Kami telah dihantar oleh adik ipar En. Shahrul yang tinggal berdekatan dengan rumah kami. Mereka tinggal di Kesuma. Banyak hikmahnya jadual ditunda yang saya dapat lihat.

1) Kebetulan pada 20/7 adalah hari temuduga anak bungsu saya untuk masuk ke darjah 1- Jadi pagi tersebut kami pergi temuduga lepas tu baru pergi KLIA.
2) Penerbangan hari Sabtu senang adik ipar boleh hantar - cuti
3) Dapat berada dan mengalami suasana 10 malam terakhir iaitu malam 21/7 - akan ditulis dalam penulisan akan datang.

Emak, Abang, kakak serta keluarga masing2 datang ke KLIA untuk menghantar kami.


No comments:

Post a Comment