Friday, October 4, 2013

Umrah Ramadhan Hari 10


Pada hari kesepuluh saya pergi seorang diri ke Tanaim untuk niat Umrah. Mutawif telah memaklumkan kepada sesiapa yang ingin mengerjakan Umrah boleh mendaftarkan diri. Oleh kerana saya seorang sahaja yang berdaftar maka saya pergi seorang. Pekerja Gemilang telah mencarikan teksi, harga pergi dan balik 50 rial. Bayar selepas sampai di Hotel. Saya tidak terus ke masjid kerana pagi tu ada penerangan tentang tawaf wida' yang akan dibuat esok. 

Malam tu adalah malam ke 21, maka bermulalah 10 malam terakhir. Malam tu kami tidur di masjid untuk qiamullail. Selepas tarawih rehat. Selepas tarawih  tidak dibuat solat witir kerana malam tu ada solat tahajjud. Ada yang agih-agihkan moreh. lepas tu tidur. Dalam pukul 1.00 terbangun bila pengumuman di buat untuk solat jenazah. 

Lepas tu solat tahajjud 10 rakaat 2 rakat 1 salam. Habis solat tahajjud dan witir keluar cari kebab untuk sahur. Kami tak balik ke hotel untuk sahur kerana faktor masa nak ulang alik. Lepas subuh baru balik hotel. 

No comments:

Post a Comment