Thursday, October 3, 2013

Umrah Ramadhan Hari 2





Kami pergi Umrah mengikut Gemilang Travel. Rombongan kami hanya 19 orang sahaja kerana menurut ustaz yang mengetuai rombongan kami hanya 20 visa yang lulus dan sorang tarik diri. Penerbangan kami pada pukul 3.25 petang. Kami solat jamak dan qasar di KLIA. Penerbangan mengambil masa 8 jam dan kami sampai pukul 11.25 mlm waktu Malaysia dan 6.25 pm waktu Saudi (tolak 5 jam). Kami berpuasa lebih panjang kerana campur 5 jam. Anak bongsu (6 tahun) kami terpaksa berbuka puasa ikut waktu M'sia x tahan.

Kami sampai ke Jeddah dan terus ke Imigrasen kemudian naik bas pergi ke Madinah. Kami berhenti di sebuah masjid untuk solat Maqhrib dan Isya'. Kami sampai ke Hotel berhampiran masjid Nabawi. Selepas Subuh kami mengadakan ziarah dalaman iaitu ziarah Makam Rasulullah S.A.W, Abu Bakar dan Umar.







Berbuka di masjid Nabawi sungguh mengujakan. Selepas asar mereka dah mula membentangkan alas untuk meletakkan makanan untuk berbuka ada kurma, roti, yogurt makan campur denagn minyak zaitun dan cuka, ada biji gajus. Duduk je di mana-mana. Kelihatan juga ramai yang berbuka di luar masjid. Kalau di dalam masjid hanya itu juadahnya tapi di luar masjid saya lihat nasi briani pun ada  tapi saya selalu berbuka di dalam masjid supaya dapat solat maqhrib di dalam masjid.

No comments:

Post a Comment