Friday, October 4, 2013

Umrah Ramadhan Hari 4 (Mekah) & 5


Bersedia untuk solat zohor di dataran selepas mengerjakan tawaf sunat.



Mengambil gambar dari tingkat 2.


Waktu solat di Mekah.

Kami telah sampai ke Mekah pada sebelah petang. Ustaz yang membawa kami telah memaklumkan bahawa unrah yang pertama akan dibuat semasa solat tarawih. Alhamdulillah kami telah ditempatkan di dalam 1 bilik tidak seperti di Madinah asing-asing. Kami berbuka , solat maqhrib dan Isya di Hotel sahaja. Solat Isya di Mekah telah dilewatkan kira2 2 jam selepas solat maqhrib.

Selepas solat isya' kami bergerak ke masjid beramai-ramai sambil bertalbiah. Hotel penginapan kami kira2 1 1/2 kilometer. Separuh perjalanan menaiki van dan separuh lagi berjalan kakai. Oleh kerana orang terlalu ramai kami berpecah. Masing-masing buat sendiri. Saya isteri dan anak buat sekali. Anak saya Alhamdulillah masa tawaf ok, masuk saei dah mula mengantuk.

Selepas selepas kami pun balik. Kami bertiga telah tersesat tak jumpa tempat nak naik bas. Anak pula telah tidur terpaksa di dokong. Setelah puas menelefon Alhamdulillah datang petugas menunjukkan jalan ke tempat bas. Rasanya malam tu kami tak dapat tidur kerana dah lewat pukul 2.30 dah nak kena makan sahur kerana 3.15 sejam awal dah kena bergerak ke masjid untuk solat subuh.

Hari ke 5 kami berehat dan hanya pergi solat waktu sahaja. Oleh kerana saya datang awal sebelum solat zohor, saya telah melakukan tawaf sunat dan solat zohor di dataran dan buat sekali lagi selepas asar. Saya berbuka di masjid hingga tarawih baru balik. Sampai di hotel baru makan mlm. Adalah sedikit yang tinggal.




Motorsikal Bomba berhampiran dengan tempat menunggu bas.

No comments:

Post a Comment