Friday, September 24, 2010





Alhamdulillah kami sampai ke Mekah semasa azan subuh berkumandang, oleh kerana tak nampak masjid dari hotel, saya mengambil keputusan untuk solat di hotel sahaja di tingkat 1, berjemaah dengan lain2 jemaah dan petugas tabung haji. Ketika sampai mereka telah solat saya pun masbuk, lepas tu sampai lagi lain2 jemaah solat dibelakang saya - saya jadi imam.

Teringat saya ketika sampai ada jemaah lain selain jemaah dari malaysia macam arab, saya pun mengambil keputusan untuk tidak membaca qunut ini saya sandarkan kepada Imam Syafie yang menjadi Imam di tempat Imam Malik ke atau Imam Hanafi tak ingat untuk menghormati pandangan Imam tersebut Imam Syafie tidak membaca qunut.

Kami menginap di Hotel Habiba sama dengan ibu pejabat tabung haji, ada klinik, ada kaunter tabung haji ada ustaz/ustazah sebagai rujukan dll. Bersama2 kami menginap di hotel tersebut ialah Noh Gadut Mufti Johor dan Mustapha Muhammad Menteri.

Hotel itu kira2 800 meter ke Masjidil Haram ia berada di atas bukit penat sikit bila nak balik ke hotel kalau pergi masjid seronok menuruni bukit. Kami dinasihatkan untuk berehat kerana ibadah tawaf dan saie telah dijadualkan akan dilaksanakan selepas Isya'.

Tempat makan diletakkan di setiap lif lobi ada meja kerusi- kami telah dihidangkan dengan makanan secara bungkus tetapi dalam keadaan panas kerana diletakkan di dalam oven. Kami disediakan makanan tengahari dan malam sarapan kena cari sendiri.

Selepas Isya' kami berkumpul di lif lobi GF bersama2 dengan petugas TH kami pun berjalan menuju ke Masjid dengan bertalbiah beramai2. Kami masuk mengikut Babus Salam ditengah2 tempat Saie. mula2 kami bersama2 lepas tu berpisah kerana ramai orang. Saya dan isteri buat sama2. Tawaf, solat sunat tawaf di belakang makam Ibrahim berdoa, minum air zam2 Saie, bergunting maka selesailah umrah pertama kami. Kami balik ke Hotel untuk tidur.

No comments:

Post a Comment