Friday, September 24, 2010


Kami menginap di sebuah Hotel berhampiran dengan Masjid Nabi kira-kira 100 meter. Program semasa di Madinah sama dengan ketika Umrah.
1) Ziarah Dalaman - ziarah makam Nabi Muhammad S.A.W
2) Ziarah luaran - Masjid Quba, Masjid Kiblatain, Ladang Kurma, Ladang unta : dapat minum susu unta, apa yang menarik ibu unta tidak akan membenarkan penjaganya untuk memerah susu sebelum anaknya minum. dll.

Semasa ziarah luaran saya nampak pasar kurma dekat je dengan masjid. Jadi semasa ada masa lapang saya cari dengan berjalan kaki jauh juga. Tiba2 jumpa dengan mutawif kami semasa Umrah jadi saya tanya dia dekat rupanya.

Hari yang lain kami pergi pasar kurma untuk membeli kurma dan coklat. Sepanjang di Madinah selama 8 hari saya penuhkan masa dengan membaca AlQuran. Biasanya selepas subuh saya akan baca Al Quran hingga waktu Dhuha dan saya akan solat Dhuha di Raudhah kerana masa tu agak lapang kerana masing2 keluar masjid untuk sarapan. Sepanjang di Madinah saya dan isteri pergi ke masjid asing2 kerana pintu berlainan dan selepas subuh isteri saya menunggu mas raudhah di buka untuk muslimat. Biasanya kami berjumpa hanya ketika makan malam.

Di Madinah saya tinggal bersama dengan :

1) Haji Rosli
2) Haji Che Rahim
3) Haji Fauzi
4) Haji Abd. Aziz

Tabung Haji hanya menyediakan makan tengahari dan malam sahaja. Sarapan kami cari sendiri.

No comments:

Post a Comment