Wednesday, September 22, 2010


Hari Keempat

Kami semua pergi ke tempat membeli barang-barang cenderehati macam-macam ada baju, beg, handphone dll. Sampai je kat tempat tu dah ada dah yang tunggu dai bawah ke kedai2 ini macam ulat tiket juga le ni di Puduraya nak komisyen. Mula2 masuk kedai beg, bila tanya beg yang berjenama tapi tiruan mereka kata tak letak diluar kerana sekarang ni tengah ekspo penguatkuasa banyak. Lepas tu tolak rak2 beg masuk tempat rahsia macam2 beg berjenama ada. dah masuk dia tutup pintu ah sudah ni kalau tak beli mau tak bagi keluar ni. Member pilih beg tawar harga, saya rasa tak nak beli beg macam mana nak keluar ni, tiba-tiba kawan lain masuk apalagi keluar selamat. Jalan2 jumpa kedai baju cantik juga beli congsam untuk anak dan baju untuk orang rumah. tawar sikit je tak tahu. lepas beli baju untuk abang, adik dan ayah.

Lepas jumpa kawan bagi tau kalu nak beli barang kena tawar sampai jadi 20% ke sebab diaorang dah naikkan harga. lepas tu ikut je kawan minta tolong tawar sebab saya ni malas nak tawar menawar. Dapatlah beli alas meja untuk mak dan mak mertua. Beg untuk anak perempuan, key chain, dompet kecil untuk kawan2 dan anak buah.

Badan dah penat tangan pun dah lenguh barang banyak beli kami decide balik hotel dulu simpan barang. Solat lepas tu makan. lepas tu diorang ajak tempat lain pulak tempat beli-belah lain. Kami naik bas tempat cantik bangunan traditional China banyak barang kat sini harga lagi murah dapatlah beli T-shirt 5 helai murah Polo tak sampai RMB30 maknanya tak sampai RM15.

Penat hari pun dah malam balik ke hotel letak barang pergi makan malam. balik hotel solat tidur.

No comments:

Post a Comment