Friday, September 24, 2010





Alhamdullilah, saya dan isteri telah dapat menunaikan fardhu Haji pada tahun 2006. Kami pergi melalui Tabung Haji muassasah. Kami dapat penerbangan pertama KT1. Daftar 7.30am di kelana jaya tapi flight delay kerana tunggu Agong datang untuk pelepasan maklumlah penerbangan pertama.

Kami berangkat dari Semenyih sebelum subuh dan berhenti di Masjid UM untuk solat subuh. Keluarga kami menghantar sampai ke Kelana Jaya.Penerbangan mengambil masa 8 jam selepas urusan imigresen selesai kami sampai ke Madinah ketika azan Isya' berkumandang. Memandangkan kami pernah pergi Umrah sebelum ini sedikit sebanyak telah tahu tempat. Jadi saya pun terus ke Masjid Nabawi untuk solat Isya'.

Kami tinggal di Madinah selama 8 hari kerana untuk mencukupkan 40 waktu solat.

No comments:

Post a Comment