Wednesday, September 22, 2010

Masjid di Shanghai China







Hari Terakhir di China

Selepas solat subuh kira-kira pukul 6.00 pagi saya berjalan kaki mencari masjid sebab sebelum ni tanya kat pekerja hotel dia tulis kat pelan nampak macam tak jauh dari hotel. Saya pun berpandukan dengan pelan dan bertanya orang akhirnya dapat sampai di masjid berkenaan. Saya pun masuk kawasan masjid, wudhu dan solat tahiyyatul masjid, solat dhuha dan sujud syukur dapat sampai dan masuk ke masjid di China cuma terkilan tak dapat berjemaah dengan masyarakat di sana. Sampai di sana lebih kurang pukul 6.30 pagi.

Di hadapan terdapat gerai yang menjual daging lembu halal yang dijual hanya pada hari jumaat sahaja. Sempat ambil gambar dan mintak seorang pelajar sekolah yang lalu disitu untuk pergi sekolah untuk ambilkan gambar.

Lepas balik ke hotel untuk sarapan. Lepas tu pergi lagi ke tempat beli belah kalu ada yang berkenan last shopping. Dapat beli pen 6 batang + refill. Lepas balik hotel check out. naik teksi pergi ke lapangan terbang. Beratur untuk check in. Flight dalam pukul 3.00 petang. Masalah ni mana nak solat. Kat lapangan terbang tak nampak pun tempat solat. Lepas beg dah masuk cari toilet ambil whudu cari tempat solat jumpa kawasan tersorok di tangga yang tak pakai. Kompas sentiasa dalam beg sandang jadi tak jadi masalah. Lepas solat pergi makan dan naik kapalterbang sampai dalam pukul 9.00 malam. lepas ambik beg pergi surau di KLIA solat dan cari teksi untuk balik rumah.

No comments:

Post a Comment